Takaful Ikhlas

Standard

 
Y Bhg. Ab Latiff Bin Hj Abu Bakar
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif 


 
Lihat Pencapaian/Sumbangan Kasar Takaful Ikhlas 
Klik graf diatas untuk size besar

Kenapa Pilih Takaful Ikhlas?
 
Takaful Ikhlas Berhad. Adalah anak syarikat MNRB Holdings Bhd. Operasi perniagaan kami adalah berlandaskan kepada prinsip Syariah. Kami turut memberi keutamaan dalam memastikan agar semua urusan perniagaan kami adalah berlandaskan kesaksamaan dan keadilan. Kami percaya kepada falsafah 'memudahkan urusan perniagaan' kepada rakan perniagaan kami yang paling utama - para pelanggan kami

Kami menggunapakai kontrak “Tabarru’”, di mana peserta bersetuju menderma peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada dana risiko untuk membantu peserta lain. Model Wakalah (Model Takaful IKHLAS) kami memastikan peserta akan mendapat manfaat daripada keuntungan pelaburan dan lebihan dalam dana risiko.

Model Takaful IKHLAS membolehkan sebahagian besar daripada akaun peserta digunakan bagi tujuan pelaburan di mana ia dapat memberikan kadar pulangan yang optimum. Ia juga menyediakan peruntukan yang lebih kerap bagi pendapatan pelaburan dan lebihan kepada akaun pelaburan peserta. Pelaburan semula dengan segera bagi pendapatan pelaburan dan lebihan mampu menghasilkan jumlah pulangan yang lebih baik kepada para peserta.
 


Latarbelakang Takaful Ikhlas

  • Anak syarikat kepada MNRB Holdings Bhd. dan sebahagian daripada keluarga PNB 
  • Takaful Ikhlas mempunyai modal berbayar dan modal berdaftar sebanyak RM 295 juta.
  • Pada 31 Mac 2012, sumbangan kasar syarikat adalah sebanyak RM 695 juta
  • Ditubuhkan pada 18 September 2002 dan mula beroperasi pada 2 Julai 2003.
  • Beroperasi berlandaskan prinsip-prinsip Syariah.
  • Jumlah Aset Dana Takaful Keluarga sehingga 31 March 2011 adalah sebanyak RM1.3 Billion

 Untuk Maklumat lanjut sila rujuk web www.takaful-ikhlas.com.my