IKHLAS Education

Standard

IKHLAS Education Takaful Plus

Pelan ini direka khas untuk kanak-kanak berumur semasa kemasukan di antara tiga puluh (30) hari hingga dua belas (12) tahun, di mana ianya memberi perlindungan ke atas kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) ke atas Peserta Takaful sebelum Sijil Takaful matang.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK




Apa itu Pelan Pendidikan?
Ia menyediakan dana untuk pendidikan anak-anak anda. Pusaka paling bernilai yang boleh anda wasiatkan kepada anak tersayang ialah pendidikan, terutamanya didalam dunia hari ini pendidikan kolej dan universiti dianggap sebagai satu-satunya ‘pasport’ untuk memperolehi pekerjaan yang lebih baik dan pendapatan yang lebih tinggi. Rancangan menabung ikhlas kami bukan sekadar jaminan dana pendidikan tetapi jaminan seandainya anda tiada lagi.

Kenapa Perlu Pelan Pendidikan?
Manfaat perlindungan yang tinggi & pulangan pelaburan yang menarik dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Peribadi serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.

Pelan Pengecualian (Waiver) untuk Pembayar
Sekiranya pembayar (ibu/bapa) ditimpa musibah - meninggal dunia, lumpuh keseluruhan (TPD) atau penyakit kritikal, bayaran caruman anak akan diteruskan dan ditanggung oleh pihak takaful.

Musibah keatas anak anda.
Sekiranya berlakunya kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh, keluarga atau waris terdekat anda akan memperolehi manfaat perlindungan termasuk jumlah yang terkumpul didalam Akaun Pelaburan Peribadi Peserta.

Faedah pengecualian cukai pendapatan dan zakat pendapatan
Apabila wang pelaburan anda dibayar ianya dikecualikan daripada cukai (LHDN) sehingga RM9000.00.

Nilai serahan tunai.
Anda boleh mengeluarkan sebahagian caruman anda melalui Akaun Pelaburan Peserta sebanyak 50% dari setiap pengeluaran dan sebanyak 5 kali sepanjang tempoh polisi setelah 5 tahun pegangan sijil berkuatkuasa.

Kos pendidikan kian meningkat setiap tahun
Berapakah kos untuk menghantar anak anda ke kolej atau universiti apabila tiba masa untuknya melanjutkan pengajian? Carta berikut ialah perbandingan kos pendidikan sekarang dan masa hadapan, berdasarkan yuran anggaran bagi kursus-kursus paling popular di universiti-universiti tempatan


Kursus
Kos Semasa
17 tahun akan datang
Perubatan
RM50,000-RM250,000
RM83,000-RM413,000
Kejuruteraan
RM28,000-RM40,000
RM46,000-RM66,000
Teknologi Maklumat
RM26,000-RM39,000
RM49,000-RM64,000
Pentadbiran Perniagaan
RM25,000-RM34,000
RM41,000-RM56,000
LLB
RM25,000
RM41,000
  *Sumber Berita Harian: 4-9-2005. Pengiraan berasaskan kadar inflasi 3% setahun