
Di samping ayat al-Quran, kelebihan amalan wakaf juga diutarakan dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud: “Apabila mati seorang anak Adam, maka putuslah amalan kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan kepada orang lain dan doa anak yang soleh.” (Hadis Riwayat Muslim)
Maksud sedekah jariah dalam hadis di atas merujuk kepada konsep wakaf. Dengan berwakaf, selagi mana manfaat wakaf tersebut digunakan, maka sedekah jariah tidak akan putus walaupun seseorang itu telah meninggal dunia. Ini menunjukkan bahawa amalan wakaf berfaedah bukan sahaja untuk kegunaan di dunia tetapi di akhirat juga.
Wakaf bukan sahaja menjadi amalan di Malaysia, bahkan telah diamalkan di negara Barat yang dikenali dengan istilah endowment yang sinonim dengan wakaf pendidikan. Wakaf pendidikan adalah satu strategi memajukan tahap pendidikan sesebuah negara di samping membantu pelajar yang tidak berkemampuan melanjutkan pelajaran.
Di Takaful Ikhlas, kita menyediakan khidmat mewakafkan sebahagian pampasan takaful kepada wakaf negeri mengikut pilihan masing-masing. Sebaik sahaja pemegang polisi meninggal dunia, sebahagian dari pampasan tunai tersebut akan terus diwakafkan dan tidak perlu melalui waris atau memerlukan kebenaran mereka.
Buat masa ini, hanya Takaful Ikhlas menyediakan khidmat wakaf takaful ke negeri2 seluruh Malaysia.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 0193202760