MLTT satu pilihan untuk Peminjam Pembelian Rumah

Standard

Membeli rumah adalah satu komitmen yang besar dan pemilik rumah mengambil masa purata sehingga 35 tahun untuk membayar balik sepenuhnya. Menyediakan rumah untuk tanggungan anda adalah sesuatu yang baik, tetapi jika pinjaman rumah itu tidak dijelaskan dengan sepenuhnya, ia boleh bertukar menjadi beban untuk orang yang anda sayangi sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal (Total Permanent Disablement).

Maka, setiap rumah yang dibeli akan ditawar bersama dengan perlindungan insuran gadai janji.

Kenapa anda perlu polisi perlindungan ke atas rumah yang anda beli?

  1. Sekiranya tempoh bayaran rumah adalah sehingga 35 tahun, tiada jaminan kita akan hidup sehingga tempoh tersebut. Sekiranya berlaku kematian, pihak syarikat insurans akan bertanggungjawab membayar pampasan atau melangsaikan hutang rumah tersebut bagi pihak anda. Maka anda tidak membebani waris anda dengan hutang rumah.
  2. Sekiranya ada hilang upaya kekal atau TPD, anda tidak berupaya untuk bekerja, maka dengan adanya Morgage Insurans, hutang rumah anda akan dapat dilangsaikan.
Di Malaysia, terdapat dua jenis insurans hayat gadai janji disediakan :
  1. Gadai Janji Kadar Menurun (MRT) atau Mortgage Pengurangan Term Assurance (MDT)
  2. Jangka Jaminan Tahap Gadai (MLT).
Insurans hayat gadaian janji MRT atau MLT ada 2 jenis perlindungan iaitu konvensional disebut MRTA atau MLTA manakala takaful, term yang digunapakai adalah MRTT - Mortgage REDUCING Term Takaful dan MLTT - Mortgage LEVEL Term Takaful

Berikut adalah perbezaan tersebut


Kelebihan

A) Kelebihan MLTT:

  1. Boleh memilih untuk membayar secara berkala samada bulanan, suku-tahunan, setengah tahuna atau tahunan.
  2. Mempunyai nilai simpanan pada hujung tempoh perlindungan. Nilai perlindungan kekal sama sehingga habis tempoh. Tidak berkurangan seperti MRTT.
  3. Boleh menggunakan MLTT yg sama untuk unit hartanah yang berlainan, refinance dan sebagainya. MRTT pula hanya untuk satu pembiayaan rumah sahaja.
  4. Boleh dimasukkan sebagai pelepasan cukai pendapatan.
  5. Boleh diletakkan penama selain dari bank. Hatta di Takaful Ikhlas, boleh dibuat cadangan hibah.
  6. Boleh dimasukkan lain-lain rider perlindungan tambahan (jika mahu).
  7. Boleh dikeluarkan jumlah simpanan utk dibayar kepada financier untuk tujuan pengurangan pembiayaan atau pengurangan tempoh.
  8. Boleh membuat pengeluaran sejumlah simpanan dari pelan tersebut untuk kegunaan peribadi.
  9. Peserta pelan boleh memperolehi sejumlah dana dari dana perlindungan dan dana simpanan sekiranya berlaku hilang upaya kekal menyeluruh dalam tempoh perlindungan MLTT.
  10. Waris peserta pelan boleh memperolehi sejumlah dana dari dana perlindungan dan dana simpanan sekiranya berlaku kematian kepada peserta pelan dalam tempoh perlindungan MLTT.
B) Kelebihan MRTT:

  1. Bayar sekali sahaja.
  2. Murah.
  3. Di hujung tempoh perlindungan, syarikat yang menawarkan MRTT kebiasaannya akanmemberi keuntungan berdasarkan konsep mudharabah. MRTA tiada (Mortgage Reducing Term Assurance) keistimewaan ini.
  4. Boleh dimasukkan sekali ke dalam pembiayaan rumah.

Contoh perbezaan MLTT dan MRTT :

Anda membeli rumah bernilai RM 500 000. Tempoh bayaran balik pinjaman selama 30 tahun. Pinjaman 90% ( RM 450 000). Perlindungan ( kematian atau TPD ) sebanyak RM 450 000.

MRTT: Sekiranya berlaku musibah, kematian atau TPD. Pihak syarikat takaful akan melangsaikan hutang dan pewaris hanya mendapat rumah sahaja.


MRTT: Sekiranya tiada berlaku kematian atau TPD dan pembeli selesai melunaskan hutang pinjaman. Pembeli hanya mendapat rumah sahaja.


MLTT: Sekiranya berlaku musibah, kematian atau TPD. Pihak syarikat takaful akan melangsaikan hutang dan pewaris akan mendapat rumah sahaja dan pampasan kematian.


MLTT: Sekiranya tiada berlaku kematian atau TPD dan pembeli selesai melunaskan hutang pinjaman. Pembeli mendapat rumah dan nilai simpanan terkumpul.


Sekiranya perlukan maklumat, sila hubungi Agen Takaful Ikhlas - Kamisan (0193202760)




Hibah dalam Takaful bantu urus harta lebih cepat

Standard


HIBAH mungkin sesuatu yang asing dan jarang didengar berbanding zakat, wakaf, sedekah atau wasiat. Namun, hibah bukanlah instrumen kewangan baharu dalam Islam.

Menurut undang-undang Islam seseorang itu dibenarkan memberi atau menghadiahkan sebahagian atau seluruh harta kekayaannya ketika dia masih hidup kepada orang lain tanpa sebarang paksaan serta mengharapkan sebarang balasan.

Pemberian semasa hidup ini dikenali sebagai 'hibah’ ataupun bermaksud ‘hadiah’. Dalam hukum Islam jumlah harta seseorang yang dapat dihibahkan itu tidak terhad.

Hal ini berbeza dengan pemberian seseorang melalui wasiat yang terbatas pada satu pertiga daripada harta peninggalan dan tidak boleh mewasiatkan harta kepada seseorang waris kecuali dengan persetujuan semua waris yang lain.

Hibah merupakan salah satu langkah yang sesuai digunakan dalam pembahagian harta di kalangan umat Islam iaitu di antara waris dan sesama ahli keluarga.

Hibah telah diguna pakai sebagai konsep tambahan kepada produk-produk takaful yang diamalkan oleh kebanyakan pengendali takaful.

Misalnya melalui produk pelan pendidikan, ibu atau bapa sebagai pembayar caruman (pemberi hibah) dan anaknya merupakan orang yang dilindungi (penerima hibah). Hibah seperti ini diharuskan kerana semua rukun dan syarat dapat dipatuhi.

Selain itu, ada pengendali takaful yang memberikan manfaat dalam bentuk hibah kepada peserta sebagai ganjaran atas kejayaan peperiksaan tertentu yang dicapai oleh peserta.

Hibah jenis ini juga jelas dan adalah tidak bercanggah.

Terdapat juga pelaksanaan hibah menerusi manfaat takaful iaitu waris akan menerima manfaat jika peserta mengalami musibah hingga menyebabkan kematian. Andai kata peserta meninggal dunia, jumlah perlindungan akan dihibahkan kepada waris beliau.

Sebagai contoh, sekiranya seorang suami ingin menghibahkan keseluruhan manfaat takaful kepada isterinya, maka isterinya itu akan mendapat keseluruhan jumlah perlindungan tersebut.

Hal ini kerana penamaan hibah atau pemberian tersebut telah ditentukan ketika peserta masih hidup. Bagi si isteri pula dia menerima manfaat takaful berasaskan konsep hibah bersyarat di mana manfaat tersebut akan diberikan secara terus dan dipindah milik kepadanya setelah suami meninggal dunia dan tidak menjadi sebahagian harta pusaka peserta.

Sebaliknya jika suami yang merupakan peserta melantik isteri sebagai wasi (pemegang amanah), maka tanggungjawab isteri untuk membahagikan wang daripada jumlah perlindungan kepada waris secara faraid.

Bagaimana pula pengagihan harta kepada mereka yang memerlukan tetapi tidak berhak mendapat harta secara faraid ataupun menerusi wasiat?

Sebagai contoh, pemberian harta kepada anak angkat. Pengagihan harta boleh dilakukan melalui pemberian hibah dan mereka akan turut mendapat manfaat daripadanya.

Hibah dapat melancarkan pembahagian harta, merapatkan ikatan persaudaraan dan pertalian kasih sayang dalam masyarakat hari ini.

Sikap saling membantu dan berkasih sayang akan terus terjalin dalam sesebuah keluarga dengan penuh kerukunan walaupun setelah ketiadaan salah seorang ahli keluarga,  terutamanya ketua keluarga yang bertanggungjawab menanggung segala keperluan keluarganya.

Hubungi ejen takaful untuk penerangan lanjut

Sumber http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/hibah-dalam-takaful-bantu-urus-harta-lebih-cepat-1.511748