Kenapa Perlu Pampasan Penyakit Kritikal?

Standard

Ramai yang tidak tahu kenapa perlunya ada pampasan penyakit kritikal dalam polisi takaful.

Apa itu pampasan penyakit kritikal? Sekiranya peserta ditimpa salah satu dari 36 penyakit kritikal, setelah disahkan oleh doktor yang merawat, anda boleh membuat tuntutan wang pampasan mengikut jumlah penuh yang dinyatakan dalam polisi peserta.

Sebagai contoh, pampasan penyakit kritikal anda ialah RM50,000 dan anda disahkan menghidap kanser dan anda juga memiliki kad perubatan. Jadi segala kos perubatan dan pembedahan ditanggung oleh pihak syarikat takaful ikhlas.

Selepas pembedahan atau semasa proses rawatan di hospital pakar, anda boleh membuat tuntutan pampasan penyakit kanser berjumlah RM50,000 dari Takaful Ikhlas.

Wang pampasan tersebut anda boleh gunakan untuk mendapatkan rawatan alternatif atau supliment bagi membantu semasa proses penyembuhan penyakit kanser tersebut. Kesan rawatan kimoterapi memang tidak menyelesakan dan menyakitkan. Rawatan alternatif/supliment yang sesuai dapat membantu melegakan semasa tempoh rawatan tersebut.

Tetapi rawatan alternatif/supliment juga memerlukan wang yang banyak. Dengan wang pampasan penyakit kritikal tersebut dapat mengurangkan beban kewangan anda. Wang tersebut juga boleh anda gunakan untuk bercuti istirehat selepas habis rawatan nanti.

Pastikan Kad perubatan anda memiliki manfaat pampasan penyakit kritikal. Jika tidak, anda boleh dapatkan manfaat tersebut dan juga manfaat lain secara berasingan.

Ikhlaslink Secure dari Takaful Ikhlas mengabungkan manfaat pampasan penyakit kritikal bersama-sama kad perubatan berserta manfaat lain dalam satu polisi.

Hubungi agent takaful ikhlas untuk penerangan lanjut