MedicalCard: Kenapa Bertangguh?

Standard
 

Apa itu MedicalCard atau Kad Perubatan? Secara umumnya ia adalah kemudahan yang disediakan oleh syarikat insurans/takaful untuk mendapatkan rawatan dari doktor pakar di hospital swasta tanpa perlu membayar bil rawatan secara tunai.

Kos rawatan terutama melibatkan penyakit serius atau kritikal adalah mahal dan semakin mahal saban tahun. Dari berpuluh-puluh hingga ratusan ribu ringgit malaysia. Adakah kita mampu menyediakan wang sebanyak itu apabila diperlukan?

Sememangnya anda ada pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan secara percuma atau lebih murah. Tetapi adakah anda sanggup menunggu giliran yang lama untuk pembedahan atau rawatan, adakah anda rasa selesa tinggal di wad tersebut?

Pengalaman pahit kami ketika mendapatkan rawatan anak dihospital kerajaan suatu ketika dulu yang menguatkan semangat kami untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan berusaha memiliki medicalcard walaupun terpaksa membayar caruman/premium.

Kenapa anda tidak patut bertangguh untuk memiliki MedicalCard?

Untuk kes kemalangan, anda boleh mendapatkan rawatan di hospital swasta walaupun baru sehari polisi dikuatkuasakan atau "inforced" tetapi untuk penyakit2 tertentu ia memerlukan tempoh menunggu sehingga 120 hari.

 

Antara penyakit tersebut adalah darah tinggi, kencing manis, semua jenis kanser, batu karang, ENT (Ear, Nose & Throat) dan lain-lain.

Penyakit tersebut mungkin sudah ada dalam diri peserta cuma ia tidak dapat dikesan lagi. Sebab itu tempoh masa 120 hari diperlukan untuk memastikan peserta tiada penyakit tersebut.

Sekiranya anda bertangguh untuk mendapatkan MedicalCard, kemungkinan penyakit tersebut sudah mula wujud tanpa diketahui. Apabila memohon takaful/medicalcard dan diluluskan (inforced), penyakit pun mula dikesan sebelom tempoh 120 hari berakhir. Maka anda perlu membayar segala kos rawatan perubatan tersebut.

Lagi lama anda bertangguh, semakin tinggi risiko berkemungkinan anda akan menghadapi situasi tersebut.

Jadi, dapatkan segera medicalcard anda sebelum terlambat. Hubungi agen takaful sekarang