MedicalCard: Kenapa Bertangguh?

Standard
 

Apa itu MedicalCard atau Kad Perubatan? Secara umumnya ia adalah kemudahan yang disediakan oleh syarikat insurans/takaful untuk mendapatkan rawatan dari doktor pakar di hospital swasta tanpa perlu membayar bil rawatan secara tunai.

Kos rawatan terutama melibatkan penyakit serius atau kritikal adalah mahal dan semakin mahal saban tahun. Dari berpuluh-puluh hingga ratusan ribu ringgit malaysia. Adakah kita mampu menyediakan wang sebanyak itu apabila diperlukan?

Sememangnya anda ada pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan secara percuma atau lebih murah. Tetapi adakah anda sanggup menunggu giliran yang lama untuk pembedahan atau rawatan, adakah anda rasa selesa tinggal di wad tersebut?

Pengalaman pahit kami ketika mendapatkan rawatan anak dihospital kerajaan suatu ketika dulu yang menguatkan semangat kami untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan berusaha memiliki medicalcard walaupun terpaksa membayar caruman/premium.

Kenapa anda tidak patut bertangguh untuk memiliki MedicalCard?

Untuk kes kemalangan, anda boleh mendapatkan rawatan di hospital swasta walaupun baru sehari polisi dikuatkuasakan atau "inforced" tetapi untuk penyakit2 tertentu ia memerlukan tempoh menunggu sehingga 120 hari.

 

Antara penyakit tersebut adalah darah tinggi, kencing manis, semua jenis kanser, batu karang, ENT (Ear, Nose & Throat) dan lain-lain.

Penyakit tersebut mungkin sudah ada dalam diri peserta cuma ia tidak dapat dikesan lagi. Sebab itu tempoh masa 120 hari diperlukan untuk memastikan peserta tiada penyakit tersebut.

Sekiranya anda bertangguh untuk mendapatkan MedicalCard, kemungkinan penyakit tersebut sudah mula wujud tanpa diketahui. Apabila memohon takaful/medicalcard dan diluluskan (inforced), penyakit pun mula dikesan sebelom tempoh 120 hari berakhir. Maka anda perlu membayar segala kos rawatan perubatan tersebut.

Lagi lama anda bertangguh, semakin tinggi risiko berkemungkinan anda akan menghadapi situasi tersebut.

Jadi, dapatkan segera medicalcard anda sebelum terlambat. Hubungi agen takaful sekarang




Kenapa Perlu Pampasan Penyakit Kritikal?

Standard

Ramai yang tidak tahu kenapa perlunya ada pampasan penyakit kritikal dalam polisi takaful.

Apa itu pampasan penyakit kritikal? Sekiranya peserta ditimpa salah satu dari 36 penyakit kritikal, setelah disahkan oleh doktor yang merawat, anda boleh membuat tuntutan wang pampasan mengikut jumlah penuh yang dinyatakan dalam polisi peserta.

Sebagai contoh, pampasan penyakit kritikal anda ialah RM50,000 dan anda disahkan menghidap kanser dan anda juga memiliki kad perubatan. Jadi segala kos perubatan dan pembedahan ditanggung oleh pihak syarikat takaful ikhlas.

Selepas pembedahan atau semasa proses rawatan di hospital pakar, anda boleh membuat tuntutan pampasan penyakit kanser berjumlah RM50,000 dari Takaful Ikhlas.

Wang pampasan tersebut anda boleh gunakan untuk mendapatkan rawatan alternatif atau supliment bagi membantu semasa proses penyembuhan penyakit kanser tersebut. Kesan rawatan kimoterapi memang tidak menyelesakan dan menyakitkan. Rawatan alternatif/supliment yang sesuai dapat membantu melegakan semasa tempoh rawatan tersebut.

Tetapi rawatan alternatif/supliment juga memerlukan wang yang banyak. Dengan wang pampasan penyakit kritikal tersebut dapat mengurangkan beban kewangan anda. Wang tersebut juga boleh anda gunakan untuk bercuti istirehat selepas habis rawatan nanti.

Pastikan Kad perubatan anda memiliki manfaat pampasan penyakit kritikal. Jika tidak, anda boleh dapatkan manfaat tersebut dan juga manfaat lain secara berasingan.

Ikhlaslink Secure dari Takaful Ikhlas mengabungkan manfaat pampasan penyakit kritikal bersama-sama kad perubatan berserta manfaat lain dalam satu polisi.

Hubungi agent takaful ikhlas untuk penerangan lanjut

MedicalCard - Plan Individu atau Famili ??

Standard
 

[PLAN FAMILY vs PLAN INDIVIDU]

Mahalnya Medical Card Individu.??
saya nak yang pakej Family..

Pakej family yang murah ada tak.?
Dua soalan yang biasa dapat..

BACA NI

1. Jika plan family; Sekiranya pemegang polisi (suami atau ayah) meninggal dunia, polisi akan terbatal secara automatik yang mana meninggalkan pewaris tiada apa2 perlindungan selepas itu..

2. Plan Family selepas usia anak-anak mencecah tempoh usia tertentu; Medical card kena buat baru pada harga semasa, dah tak boleh guna plan tu lagi.. Kalau sekarang RM100, agak-agak umur 15 tahun kedepan boleh lagi ke dapat dengan harga RM100 tu.?

3. Tiada cash value atau saving; Jika kita gagal membuat bayaran sebulan dan tanpa cash value, polisi akan terus LAPSED (tak aktif).. Plan individu pula ada cash value dan jika gagal membuat bayaran, polisi masih lagi aktif sebab masih mempunyai cash value tersebut..

4. Dan paling bahaya bagi family plan ini; Sekiranya 5 tahun pertama kita telah didiagnosis penyakit kritial, bagi 5 tahun berikutnya penyakit sedia ada itu sudah tidak DILINDUNGI.! Itu antara hidden terms and condition yg kebanyakkan pelanggan tak tahu..

5. Plan family tidak seperti plan individu; Plan individu disertakan dengan pampasan nyawa (Khairat), pampasan 36 penyakit kritikal dan pampasan hilang upaya disebabkan kemalangan..

6. Plan family adalah plan stand alone; Akan berlaku kenaikan harga pada setiap anniversary ke-3 atau tahun ke- 5.. Bermula dengan murah, tetapi semakin lama semakin mahal sumbangan bulanannya.. Itulah marketing strategi yang ramai tidak mengetahui supaya ianya akan sentiasa kelihatan murah..

Harga bagi pelan individu biasanya hampir sama dengan mana-mana insurer / pengendali takaful.. Yang penting, cari tahu kukuhkah insurer itu, dikenalikah insurer itu, servis cepat atau tidak insurer itu..




CHEAP vs SECURED..
Anda pilih.. Saya bantu..