Majikan saya sudah ada kad perubatan, kenapa perlu kad perubatan lagi?

Standard

Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, terlebih dahulu tahniah sebab majikan anda sudah menyediakan kebajikan kepada pekerja dengan menyediakan kad perubatan kepada anda dan keluarga.

Cuba anda pastikan perkara berikut dari pihak majikan
  1. Berapa had perlindungan (kos bil rawatan) setahun? RM30,000, RM50,000 ?
  2. Adakah had perlindungan tersebut dikongsi oleh semua keluarga atau individu?
  3. Berapakah had umur anak yang akan ditanggung oleh pihak majikan?
Kos rawatan perubatan hospital pakar semakin mahal, jumlah had yang disediakan perlu diambilkira. Contoh jika had perubatan ialah RM30,000 maka berkemungkinan anda perlu membayar sendiri jika kos rawatan melebihi had tersebut

Begitu juga, jika had bil rawatan dikongsi oleh ahli keluarga, berkemungkinan jika lebih dari seorang ahli keluarga perlukan rawatan maka had tersebut tidak mencukupi. Maka anda perlu membayar sendiri baki kos rawatan tersebut

Bagaimana pula jika pihak majikan menghadkan hanya anak2 yang masih bersekolah dibawah umur 18 tahun atau 23 tahun (jika masih belajar)? Maka anak anda tiada perlindungan takaful terutama kad perubatan



ANDA DISAHKAN MENGHIDAP PENYAKIT KRITIKAL

Bagaimana jika semasa anda bekerja disahkan menghidap penyakit kritikal seperti kanser atau jantung? Sememangnya kos rawatan ditanggung oleh pihak majikan. Bagaimana pula jika anda masih tidak boleh bekerja dan pihak majikan memberhentikan anda? Bagaimana dengan kos rawatan seterusnya?

Jika anda sembuh dari penyakit kritikal (alhamdulillah) dan anda berhenti kerja atau pencen, tiada lagi kad perubatan dari pihak majikan. Anda sudah tidak layak untuk memohon kad perubatan yang baru kerana sudah ada sejarah penyakit kritikal.

ANDA SIHAT DAN TUNGGU PENCEN

Alhamdulillah, banyak2 bersyukur kerana anda diberikan kesihatan yang baik dan anda sudah berpencen.  Anda membuat keputusan untuk memohon kad perubatan. Perlu diingat ketika itu bayaran caruman takaful sudah menjadi mahal kerana faktor usia. 

RUGI JIKA ADA 2 KAD PERUBATAN

InsyaAllah, anda tidak akan rugi jika anda ada 2 kad perubatan (satu dari majikan dan satu lagi dari pihak takaful ikhlas) kerana anda boleh gunakan salah satu jika dimasukkan ke hospital pakar (disyorkan guna kad perubatan majikan terlebih dahulu). Sekiranya jumlah kos rawatan melebihi had, anda boleh gunakan kad perubatan takaful ikhlas

Sekiranya anda sihat dan tidak pernah dimasukkan ke hospital, anda masih tidak rugi kerana konsep takaful ialah saling tolong menolong (Tabarru'). Sebahagian dari duit yang anda bayar akan dimasukkan dalam dana kecemasan untuk membantu peserta takaful lain yang ditimpa musibah. InsyaAllah, anda sudah melakukan sedekah jariah. Anda mungkin rugi didunia tapi untung diakhirat.

Wallahualam.