
Masih ramai yang tidak faham kepentingan takaful untuk diri sendiri dan keluarga. Jika melanggan takaful pun sekadar cukup apa yang ada sahaja. Bila ditanya sudah ada takaful? Sudah... Berapa jumlah perlindungan takaful? Tak tahu.. atau RM10,000 sahaja
Untuk apa sebenarnya jumlah perlindungan takaful itu?
Sebelum tu, kenapa kita perlukan takaful?
- Kematian
- Kemalangan
- Hilang Upaya atau Lumpuh atau Total Permenant Disability (TPD)
- Penyakit kritikal

Apabila suami meninggal dunia, tiada lagi sumber pendapatan. Kehidupan berubah 360 darjah. Menjadi miskin dan merempat/menumpang dirumah ibubapa atau adikberadik.
Sebab itu, dengan perlindungan takaful yang mencukupi. Waris yang ditinggalkan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun sudah tiada lagi pencari nafkah utama.
Berapakah jumlah perlindungan takaful yang mencukupi? RM100k, RM500K, RM1 juta? Hubungi agen takaful anda untuk sesi perbincangan seterusnya