Wakaf Takaful - Mewakafkan Sebahagian Pampasan Takaful Anda

Standard
 

Wakaf adalah satu amalan yang amat digalakkan dalam Islam dan telah diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Pahala bagi mereka yang mewakafkan harta adalah sa­ngat besar sepertimana yang dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah maha luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

Di samping ayat al-Quran, kelebih­an amalan wakaf juga diutarakan dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud: “Apabila mati seorang anak Adam, maka putuslah amalan kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan kepada orang lain dan doa anak yang soleh.” (Hadis Riwayat Muslim)

Maksud sedekah jariah dalam hadis di atas merujuk kepada konsep wakaf. Dengan berwakaf, selagi mana manfaat wakaf tersebut digunakan, maka sedekah jariah tidak akan putus walaupun seseorang itu telah meninggal dunia. Ini menunjukkan bahawa amalan wakaf berfaedah bukan sahaja untuk kegunaan di dunia tetapi di akhirat juga.

Wakaf bukan sahaja menjadi amalan di Malaysia, bahkan telah diamalkan di negara Barat yang dikenali dengan istilah endowment yang sinonim dengan wakaf pendidikan. Wakaf pendidikan adalah satu strategi memajukan tahap pendidikan sesebuah negara di samping membantu pelajar yang tidak berkemampuan melanjutkan pelajaran.

Di Takaful Ikhlas, kita menyediakan khidmat mewakafkan sebahagian pampasan takaful kepada wakaf negeri mengikut pilihan masing-masing. Sebaik sahaja pemegang polisi meninggal dunia, sebahagian dari pampasan tunai tersebut akan terus diwakafkan dan tidak perlu melalui waris atau memerlukan kebenaran mereka.

Buat masa ini, hanya Takaful Ikhlas menyediakan khidmat wakaf takaful ke negeri2 seluruh Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 0193202760

MLTT satu pilihan untuk Peminjam Pembelian Rumah

Standard

Membeli rumah adalah satu komitmen yang besar dan pemilik rumah mengambil masa purata sehingga 35 tahun untuk membayar balik sepenuhnya. Menyediakan rumah untuk tanggungan anda adalah sesuatu yang baik, tetapi jika pinjaman rumah itu tidak dijelaskan dengan sepenuhnya, ia boleh bertukar menjadi beban untuk orang yang anda sayangi sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal (Total Permanent Disablement).

Maka, setiap rumah yang dibeli akan ditawar bersama dengan perlindungan insuran gadai janji.

Kenapa anda perlu polisi perlindungan ke atas rumah yang anda beli?

  1. Sekiranya tempoh bayaran rumah adalah sehingga 35 tahun, tiada jaminan kita akan hidup sehingga tempoh tersebut. Sekiranya berlaku kematian, pihak syarikat insurans akan bertanggungjawab membayar pampasan atau melangsaikan hutang rumah tersebut bagi pihak anda. Maka anda tidak membebani waris anda dengan hutang rumah.
  2. Sekiranya ada hilang upaya kekal atau TPD, anda tidak berupaya untuk bekerja, maka dengan adanya Morgage Insurans, hutang rumah anda akan dapat dilangsaikan.
Di Malaysia, terdapat dua jenis insurans hayat gadai janji disediakan :
  1. Gadai Janji Kadar Menurun (MRT) atau Mortgage Pengurangan Term Assurance (MDT)
  2. Jangka Jaminan Tahap Gadai (MLT).
Insurans hayat gadaian janji MRT atau MLT ada 2 jenis perlindungan iaitu konvensional disebut MRTA atau MLTA manakala takaful, term yang digunapakai adalah MRTT - Mortgage REDUCING Term Takaful dan MLTT - Mortgage LEVEL Term Takaful

Berikut adalah perbezaan tersebut


Kelebihan

A) Kelebihan MLTT:

  1. Boleh memilih untuk membayar secara berkala samada bulanan, suku-tahunan, setengah tahuna atau tahunan.
  2. Mempunyai nilai simpanan pada hujung tempoh perlindungan. Nilai perlindungan kekal sama sehingga habis tempoh. Tidak berkurangan seperti MRTT.
  3. Boleh menggunakan MLTT yg sama untuk unit hartanah yang berlainan, refinance dan sebagainya. MRTT pula hanya untuk satu pembiayaan rumah sahaja.
  4. Boleh dimasukkan sebagai pelepasan cukai pendapatan.
  5. Boleh diletakkan penama selain dari bank. Hatta di Takaful Ikhlas, boleh dibuat cadangan hibah.
  6. Boleh dimasukkan lain-lain rider perlindungan tambahan (jika mahu).
  7. Boleh dikeluarkan jumlah simpanan utk dibayar kepada financier untuk tujuan pengurangan pembiayaan atau pengurangan tempoh.
  8. Boleh membuat pengeluaran sejumlah simpanan dari pelan tersebut untuk kegunaan peribadi.
  9. Peserta pelan boleh memperolehi sejumlah dana dari dana perlindungan dan dana simpanan sekiranya berlaku hilang upaya kekal menyeluruh dalam tempoh perlindungan MLTT.
  10. Waris peserta pelan boleh memperolehi sejumlah dana dari dana perlindungan dan dana simpanan sekiranya berlaku kematian kepada peserta pelan dalam tempoh perlindungan MLTT.
B) Kelebihan MRTT:

  1. Bayar sekali sahaja.
  2. Murah.
  3. Di hujung tempoh perlindungan, syarikat yang menawarkan MRTT kebiasaannya akanmemberi keuntungan berdasarkan konsep mudharabah. MRTA tiada (Mortgage Reducing Term Assurance) keistimewaan ini.
  4. Boleh dimasukkan sekali ke dalam pembiayaan rumah.

Contoh perbezaan MLTT dan MRTT :

Anda membeli rumah bernilai RM 500 000. Tempoh bayaran balik pinjaman selama 30 tahun. Pinjaman 90% ( RM 450 000). Perlindungan ( kematian atau TPD ) sebanyak RM 450 000.

MRTT: Sekiranya berlaku musibah, kematian atau TPD. Pihak syarikat takaful akan melangsaikan hutang dan pewaris hanya mendapat rumah sahaja.


MRTT: Sekiranya tiada berlaku kematian atau TPD dan pembeli selesai melunaskan hutang pinjaman. Pembeli hanya mendapat rumah sahaja.


MLTT: Sekiranya berlaku musibah, kematian atau TPD. Pihak syarikat takaful akan melangsaikan hutang dan pewaris akan mendapat rumah sahaja dan pampasan kematian.


MLTT: Sekiranya tiada berlaku kematian atau TPD dan pembeli selesai melunaskan hutang pinjaman. Pembeli mendapat rumah dan nilai simpanan terkumpul.


Sekiranya perlukan maklumat, sila hubungi Agen Takaful Ikhlas - Kamisan (0193202760)




Hibah dalam Takaful bantu urus harta lebih cepat

Standard


HIBAH mungkin sesuatu yang asing dan jarang didengar berbanding zakat, wakaf, sedekah atau wasiat. Namun, hibah bukanlah instrumen kewangan baharu dalam Islam.

Menurut undang-undang Islam seseorang itu dibenarkan memberi atau menghadiahkan sebahagian atau seluruh harta kekayaannya ketika dia masih hidup kepada orang lain tanpa sebarang paksaan serta mengharapkan sebarang balasan.

Pemberian semasa hidup ini dikenali sebagai 'hibah’ ataupun bermaksud ‘hadiah’. Dalam hukum Islam jumlah harta seseorang yang dapat dihibahkan itu tidak terhad.

Hal ini berbeza dengan pemberian seseorang melalui wasiat yang terbatas pada satu pertiga daripada harta peninggalan dan tidak boleh mewasiatkan harta kepada seseorang waris kecuali dengan persetujuan semua waris yang lain.

Hibah merupakan salah satu langkah yang sesuai digunakan dalam pembahagian harta di kalangan umat Islam iaitu di antara waris dan sesama ahli keluarga.

Hibah telah diguna pakai sebagai konsep tambahan kepada produk-produk takaful yang diamalkan oleh kebanyakan pengendali takaful.

Misalnya melalui produk pelan pendidikan, ibu atau bapa sebagai pembayar caruman (pemberi hibah) dan anaknya merupakan orang yang dilindungi (penerima hibah). Hibah seperti ini diharuskan kerana semua rukun dan syarat dapat dipatuhi.

Selain itu, ada pengendali takaful yang memberikan manfaat dalam bentuk hibah kepada peserta sebagai ganjaran atas kejayaan peperiksaan tertentu yang dicapai oleh peserta.

Hibah jenis ini juga jelas dan adalah tidak bercanggah.

Terdapat juga pelaksanaan hibah menerusi manfaat takaful iaitu waris akan menerima manfaat jika peserta mengalami musibah hingga menyebabkan kematian. Andai kata peserta meninggal dunia, jumlah perlindungan akan dihibahkan kepada waris beliau.

Sebagai contoh, sekiranya seorang suami ingin menghibahkan keseluruhan manfaat takaful kepada isterinya, maka isterinya itu akan mendapat keseluruhan jumlah perlindungan tersebut.

Hal ini kerana penamaan hibah atau pemberian tersebut telah ditentukan ketika peserta masih hidup. Bagi si isteri pula dia menerima manfaat takaful berasaskan konsep hibah bersyarat di mana manfaat tersebut akan diberikan secara terus dan dipindah milik kepadanya setelah suami meninggal dunia dan tidak menjadi sebahagian harta pusaka peserta.

Sebaliknya jika suami yang merupakan peserta melantik isteri sebagai wasi (pemegang amanah), maka tanggungjawab isteri untuk membahagikan wang daripada jumlah perlindungan kepada waris secara faraid.

Bagaimana pula pengagihan harta kepada mereka yang memerlukan tetapi tidak berhak mendapat harta secara faraid ataupun menerusi wasiat?

Sebagai contoh, pemberian harta kepada anak angkat. Pengagihan harta boleh dilakukan melalui pemberian hibah dan mereka akan turut mendapat manfaat daripadanya.

Hibah dapat melancarkan pembahagian harta, merapatkan ikatan persaudaraan dan pertalian kasih sayang dalam masyarakat hari ini.

Sikap saling membantu dan berkasih sayang akan terus terjalin dalam sesebuah keluarga dengan penuh kerukunan walaupun setelah ketiadaan salah seorang ahli keluarga,  terutamanya ketua keluarga yang bertanggungjawab menanggung segala keperluan keluarganya.

Hubungi ejen takaful untuk penerangan lanjut

Sumber http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/hibah-dalam-takaful-bantu-urus-harta-lebih-cepat-1.511748

Takaful Ikhlas Berhad terima dua Anugerah CEO dan Syarikat Takaful Terbaik 2017

Standard
 

Takaful Ikhlas Berhad telah menerima dua penganugerahan antarabangsa yang berprestij baru-baru ini.

Pada 6 September 2017, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Datuk Hj. Ab Latiff Hj. Abu Bakar telah meraih anugerah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terbaik untuk industri Takaful di Majlis Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA) 2017 yang telah berlangsung di Astana, Kazakhstan.

Manakala untuk anugerah kedua, Takaful IKHLAS telah memenangi anugerah sebagai Syarikat Takaful Terbaik 2017 di Persidangan Perbankan Islam dan Takaful Asia (AIBTC) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 29 Ogos 2017. 

Terima kasih kerana terus menyokong Takaful IKHLAS.

Rujuk sumber https://web.facebook.com/TakafulIkhlas/posts/1838894249774068

MedicalCard: Kenapa Bertangguh?

Standard
 

Apa itu MedicalCard atau Kad Perubatan? Secara umumnya ia adalah kemudahan yang disediakan oleh syarikat insurans/takaful untuk mendapatkan rawatan dari doktor pakar di hospital swasta tanpa perlu membayar bil rawatan secara tunai.

Kos rawatan terutama melibatkan penyakit serius atau kritikal adalah mahal dan semakin mahal saban tahun. Dari berpuluh-puluh hingga ratusan ribu ringgit malaysia. Adakah kita mampu menyediakan wang sebanyak itu apabila diperlukan?

Sememangnya anda ada pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan secara percuma atau lebih murah. Tetapi adakah anda sanggup menunggu giliran yang lama untuk pembedahan atau rawatan, adakah anda rasa selesa tinggal di wad tersebut?

Pengalaman pahit kami ketika mendapatkan rawatan anak dihospital kerajaan suatu ketika dulu yang menguatkan semangat kami untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan berusaha memiliki medicalcard walaupun terpaksa membayar caruman/premium.

Kenapa anda tidak patut bertangguh untuk memiliki MedicalCard?

Untuk kes kemalangan, anda boleh mendapatkan rawatan di hospital swasta walaupun baru sehari polisi dikuatkuasakan atau "inforced" tetapi untuk penyakit2 tertentu ia memerlukan tempoh menunggu sehingga 120 hari.

 

Antara penyakit tersebut adalah darah tinggi, kencing manis, semua jenis kanser, batu karang, ENT (Ear, Nose & Throat) dan lain-lain.

Penyakit tersebut mungkin sudah ada dalam diri peserta cuma ia tidak dapat dikesan lagi. Sebab itu tempoh masa 120 hari diperlukan untuk memastikan peserta tiada penyakit tersebut.

Sekiranya anda bertangguh untuk mendapatkan MedicalCard, kemungkinan penyakit tersebut sudah mula wujud tanpa diketahui. Apabila memohon takaful/medicalcard dan diluluskan (inforced), penyakit pun mula dikesan sebelom tempoh 120 hari berakhir. Maka anda perlu membayar segala kos rawatan perubatan tersebut.

Lagi lama anda bertangguh, semakin tinggi risiko berkemungkinan anda akan menghadapi situasi tersebut.

Jadi, dapatkan segera medicalcard anda sebelum terlambat. Hubungi agen takaful sekarang




Kenapa Perlu Pampasan Penyakit Kritikal?

Standard

Ramai yang tidak tahu kenapa perlunya ada pampasan penyakit kritikal dalam polisi takaful.

Apa itu pampasan penyakit kritikal? Sekiranya peserta ditimpa salah satu dari 36 penyakit kritikal, setelah disahkan oleh doktor yang merawat, anda boleh membuat tuntutan wang pampasan mengikut jumlah penuh yang dinyatakan dalam polisi peserta.

Sebagai contoh, pampasan penyakit kritikal anda ialah RM50,000 dan anda disahkan menghidap kanser dan anda juga memiliki kad perubatan. Jadi segala kos perubatan dan pembedahan ditanggung oleh pihak syarikat takaful ikhlas.

Selepas pembedahan atau semasa proses rawatan di hospital pakar, anda boleh membuat tuntutan pampasan penyakit kanser berjumlah RM50,000 dari Takaful Ikhlas.

Wang pampasan tersebut anda boleh gunakan untuk mendapatkan rawatan alternatif atau supliment bagi membantu semasa proses penyembuhan penyakit kanser tersebut. Kesan rawatan kimoterapi memang tidak menyelesakan dan menyakitkan. Rawatan alternatif/supliment yang sesuai dapat membantu melegakan semasa tempoh rawatan tersebut.

Tetapi rawatan alternatif/supliment juga memerlukan wang yang banyak. Dengan wang pampasan penyakit kritikal tersebut dapat mengurangkan beban kewangan anda. Wang tersebut juga boleh anda gunakan untuk bercuti istirehat selepas habis rawatan nanti.

Pastikan Kad perubatan anda memiliki manfaat pampasan penyakit kritikal. Jika tidak, anda boleh dapatkan manfaat tersebut dan juga manfaat lain secara berasingan.

Ikhlaslink Secure dari Takaful Ikhlas mengabungkan manfaat pampasan penyakit kritikal bersama-sama kad perubatan berserta manfaat lain dalam satu polisi.

Hubungi agent takaful ikhlas untuk penerangan lanjut

MedicalCard - Plan Individu atau Famili ??

Standard
 

[PLAN FAMILY vs PLAN INDIVIDU]

Mahalnya Medical Card Individu.??
saya nak yang pakej Family..

Pakej family yang murah ada tak.?
Dua soalan yang biasa dapat..

BACA NI

1. Jika plan family; Sekiranya pemegang polisi (suami atau ayah) meninggal dunia, polisi akan terbatal secara automatik yang mana meninggalkan pewaris tiada apa2 perlindungan selepas itu..

2. Plan Family selepas usia anak-anak mencecah tempoh usia tertentu; Medical card kena buat baru pada harga semasa, dah tak boleh guna plan tu lagi.. Kalau sekarang RM100, agak-agak umur 15 tahun kedepan boleh lagi ke dapat dengan harga RM100 tu.?

3. Tiada cash value atau saving; Jika kita gagal membuat bayaran sebulan dan tanpa cash value, polisi akan terus LAPSED (tak aktif).. Plan individu pula ada cash value dan jika gagal membuat bayaran, polisi masih lagi aktif sebab masih mempunyai cash value tersebut..

4. Dan paling bahaya bagi family plan ini; Sekiranya 5 tahun pertama kita telah didiagnosis penyakit kritial, bagi 5 tahun berikutnya penyakit sedia ada itu sudah tidak DILINDUNGI.! Itu antara hidden terms and condition yg kebanyakkan pelanggan tak tahu..

5. Plan family tidak seperti plan individu; Plan individu disertakan dengan pampasan nyawa (Khairat), pampasan 36 penyakit kritikal dan pampasan hilang upaya disebabkan kemalangan..

6. Plan family adalah plan stand alone; Akan berlaku kenaikan harga pada setiap anniversary ke-3 atau tahun ke- 5.. Bermula dengan murah, tetapi semakin lama semakin mahal sumbangan bulanannya.. Itulah marketing strategi yang ramai tidak mengetahui supaya ianya akan sentiasa kelihatan murah..

Harga bagi pelan individu biasanya hampir sama dengan mana-mana insurer / pengendali takaful.. Yang penting, cari tahu kukuhkah insurer itu, dikenalikah insurer itu, servis cepat atau tidak insurer itu..




CHEAP vs SECURED..
Anda pilih.. Saya bantu..

Apa manfaat takaful yang boleh anda dapat??

Standard

Antara manfaat takaful yang disediakan melalui Plan Ikhlaslink Secure Takaful
  1. Pampasan Kematian/Hilang Upaya
  2. Pampasan Kematian/Hilang Upaya akibat kemalangan
  3. Pampasan Kematian/Hilang Upaya akibat kemalangan kenderaan awam atau jenayah (ragut, rogol, bunuh dll)
  4. Pampasan 36 Penyakit Kritikal
  5. Pampasan 9 Penyakit Khusus KANAK-KANAK
  6. Pampasan Penyakit Khusus Wanita (Plan A)
  7. Elaun harian hospital
  8. Pengecualian bayaran sumbangan jika PESERTA disahkan kena penyakit kritikal
  9. Perlindungan Bil Hospital Swasta seumur hidup RM850,000 dan TIADA Had Tahunan (MediPlan 150)
    - Bilik Hospital & Makan (R&B) RM150 sehari
    - Pampasan RM7,500 utk diagnosis awal kanser
    - Pampasan RM7,500 untuk diagnosis awal kegagalan buah pinggang
    - Lain2 sila rujuk manfaat MediPlan
  10. Perlindungan sehingga umur 100 tahun
  11. Badal Haji
  12. Hibah selain kepada waris seperti Badan Kebajikan, Maahad Tahfiz, Masjid dan sebagainya
  13. Wakaf kepada wakaf negeri masing-masing
Tidak semua manfaat diatas akan diperolehi, ia bergantung kepada faktor usia, jumlah caruman yang mampu dibayar dan keadaan kesihatan pemohon

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi agen takaful ikhlas

Kenapa Perlukan Pampasan Perlindungan yang BESAR??

Standard
 

Masih ramai yang tidak faham kepentingan takaful untuk diri sendiri dan keluarga. Jika melanggan takaful pun sekadar cukup apa yang ada sahaja. Bila ditanya sudah ada takaful? Sudah... Berapa jumlah perlindungan takaful? Tak tahu.. atau RM10,000 sahaja

Untuk apa sebenarnya jumlah perlindungan takaful itu? 

Sebelum tu, kenapa kita perlukan takaful?
  1. Kematian
  2. Kemalangan
  3. Hilang Upaya atau Lumpuh atau Total Permenant Disability (TPD)
  4. Penyakit kritikal
Semua itu memerlukan wang, contohnya kematian menyebabkan waris yang ditinggalkan hilang punca pendapatan.  Jika dahulu dengan pendapatan RM10,000 sebulan, hidup mewah, kereta besar, rumah besar, melancung luarnegara setiap tahun dan sebagainya


 Apabila suami meninggal dunia, tiada lagi sumber pendapatan. Kehidupan berubah 360 darjah. Menjadi miskin dan merempat/menumpang dirumah ibubapa atau adikberadik.

Sebab itu, dengan perlindungan takaful yang mencukupi. Waris yang ditinggalkan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun sudah tiada lagi pencari nafkah utama.

Berapakah jumlah perlindungan takaful yang mencukupi? RM100k, RM500K, RM1 juta? Hubungi agen takaful anda untuk sesi perbincangan seterusnya



Majikan saya sudah ada kad perubatan, kenapa perlu kad perubatan lagi?

Standard

Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, terlebih dahulu tahniah sebab majikan anda sudah menyediakan kebajikan kepada pekerja dengan menyediakan kad perubatan kepada anda dan keluarga.

Cuba anda pastikan perkara berikut dari pihak majikan
  1. Berapa had perlindungan (kos bil rawatan) setahun? RM30,000, RM50,000 ?
  2. Adakah had perlindungan tersebut dikongsi oleh semua keluarga atau individu?
  3. Berapakah had umur anak yang akan ditanggung oleh pihak majikan?
Kos rawatan perubatan hospital pakar semakin mahal, jumlah had yang disediakan perlu diambilkira. Contoh jika had perubatan ialah RM30,000 maka berkemungkinan anda perlu membayar sendiri jika kos rawatan melebihi had tersebut

Begitu juga, jika had bil rawatan dikongsi oleh ahli keluarga, berkemungkinan jika lebih dari seorang ahli keluarga perlukan rawatan maka had tersebut tidak mencukupi. Maka anda perlu membayar sendiri baki kos rawatan tersebut

Bagaimana pula jika pihak majikan menghadkan hanya anak2 yang masih bersekolah dibawah umur 18 tahun atau 23 tahun (jika masih belajar)? Maka anak anda tiada perlindungan takaful terutama kad perubatan



ANDA DISAHKAN MENGHIDAP PENYAKIT KRITIKAL

Bagaimana jika semasa anda bekerja disahkan menghidap penyakit kritikal seperti kanser atau jantung? Sememangnya kos rawatan ditanggung oleh pihak majikan. Bagaimana pula jika anda masih tidak boleh bekerja dan pihak majikan memberhentikan anda? Bagaimana dengan kos rawatan seterusnya?

Jika anda sembuh dari penyakit kritikal (alhamdulillah) dan anda berhenti kerja atau pencen, tiada lagi kad perubatan dari pihak majikan. Anda sudah tidak layak untuk memohon kad perubatan yang baru kerana sudah ada sejarah penyakit kritikal.

ANDA SIHAT DAN TUNGGU PENCEN

Alhamdulillah, banyak2 bersyukur kerana anda diberikan kesihatan yang baik dan anda sudah berpencen.  Anda membuat keputusan untuk memohon kad perubatan. Perlu diingat ketika itu bayaran caruman takaful sudah menjadi mahal kerana faktor usia. 

RUGI JIKA ADA 2 KAD PERUBATAN

InsyaAllah, anda tidak akan rugi jika anda ada 2 kad perubatan (satu dari majikan dan satu lagi dari pihak takaful ikhlas) kerana anda boleh gunakan salah satu jika dimasukkan ke hospital pakar (disyorkan guna kad perubatan majikan terlebih dahulu). Sekiranya jumlah kos rawatan melebihi had, anda boleh gunakan kad perubatan takaful ikhlas

Sekiranya anda sihat dan tidak pernah dimasukkan ke hospital, anda masih tidak rugi kerana konsep takaful ialah saling tolong menolong (Tabarru'). Sebahagian dari duit yang anda bayar akan dimasukkan dalam dana kecemasan untuk membantu peserta takaful lain yang ditimpa musibah. InsyaAllah, anda sudah melakukan sedekah jariah. Anda mungkin rugi didunia tapi untung diakhirat.

Wallahualam.