[Berita 070314] Takaful IKHLAS dinamakan sebagai Best Takaful House 2014 oleh Euromoney

Standard

Takaful IKHLAS dinamakan sebagai Best Takaful House oleh Euromoney
7 Mar 2014

London/ Kuala Lumpur 7 Mac 2014:

Takaful IKHLAS dinamakan sebagai “Best Takaful House” atau "Penyedia Takaful Terbaik" dalam Anugerah Kewangan Islam 2014 oleh majalah kewangan antarabangsa yang terkemuka,  Euromoney. Acara pengiktirafan itu diadakan semasa majlis makan malam gala bertempat di London pada 11 Februari.

Editor Euromoney, Clive Horwood menjelaskan bagaimana Takaful IKHLAS layak mendapat penganugerahan itu: “Takaful IKHLAS menunjukkan daya profesionalisme yang biasanya diamalkan dalam bidang ini Malaysia. Ia tidak begitu berkaitan dengan skala institusi ini - walaupun ia mengutip perolehan sumbangan sebanyak RM 747 juta bagi tahun kewangan berakhir Mac 2013, serta sejumlah 1.8 juta individu syarikat yang menerima khidmatnya melalui 5,000 orang yang menjadi saluran pengedaran, adalah mengagumkan - sama seperti komitmennya bagi terus mempertingkatkan syarikat dan memperbetulkan serta mencuba perkara-perkara baru. Institusi ini, dan negara Malaysia juga, sekali lagi berada pada kedudukan kepimpinan dalam mengemudi kewangan Islam.

"Anugerah ini adalah pengiktirafan penting kepada kami atas usaha kami dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang inovatif berlandaskan prinsip dan nilai-nilai Islam. Pengiktirafan ini juga merupakan hasil kerja keras dan dedikasi yang diberikan oleh semua pihak di dalam syarikat sepanjang tahun 2013 di mana kami berjaya mencapai banyak kejayaan. Kami akan terus berusaha dengan gigih bagi menawarkan lebih banyak produk yang inovatif dan relevan, sekaligus memberikan pengalaman yang positif kepada setiap pelanggan. Usaha kami bagi mempromosikan dan menggalakkan Muamalat Islam akan menjadi antara agenda utama yang kami rancangkan yang melambangkan nilai dan amalan Syarikat," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Hj Ab Latiff bin Hj Abu Bakar.

Nota kepada Editor:

Mengenai Euromoney
Euromoney Magazine adalah jenama utama bagi syarikat komunikasi kewangan yang berpangkalan di London, Euromoney Institutional Investor PLC. Euromoney Magazine yang diasaskan pada 1969 oleh Sir Patrick Sergeant, merupakan suara bagi pasaran modal antarabangsa dan selama lebih 40 tahun, menawarkan liputan yang tidak ada tandingannya mengenai bon global, ekuiti dan pasaran tukaran asing. Euromoney Institutional Investor PLC adalah sebahagian dari indeks iFTSE-250 dan tersenarai di Bursa Saham London dan Luxembourg.

Mengenai Takaful IKHLAS
Takaful IKHLAS memulakan operasinya pada Julai 2003 dan merupakan syarikat subsidiari milik penuh MNRB Holdings Berhad, yang tersenarai dalam Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad dan pelbagai skim Amanah Saham PNB.

Takaful IKHLAS mempunyai pusat perkhidmatan pelanggan di Ibu Pejabat Korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur dan pejabat wilayah di Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Perak, Terengganu, Putrajaya dan Negeri Sembilan

Pada masa ini, Takaful IKHLAS merekodkan lebih 1.8 juta pemegang sijil (polisi) berdaftar dan lebih 5,000 ejen.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Mr. William Powell                                                              
Deputy Publisher                                                     
Euromoney Magazine
wpowell@euromoney.com  

Puan Rozieana Jamaluddin
Ketua Pemasaran dan Komunikasi Korporat
Takaful Ikhlas Sdn Bhd
tel :  03-2723 9938  / 012-207 0698 atau faks : 03-27119997

[Berita 070314] Takaful Ikhlas sasar 2 juta pemegang polisi

Standard
http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140308/ko_03/Takaful-Ikhlas-sasar-2-juta-pemegang-polisi#ixzz2vU5v8LKN

Oleh Nur Hanani azman
ekonomi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Mac. - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas), unit kepada MNRB Holdings Bhd., berhasrat untuk meningkatkan jumlah pemegang polisi berdaftar kepada 2 juta menjelang akhir 2014 berbanding 1.8 juta pada tahun lepas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab. Latiff Abu Bakar berkata, unjuran itu sekali gus akan menjadi pemacu kepada pertumbuhan perolehan sumbangannya untuk melepasi RM747 juta dicatatkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013.

Katanya, antara produk Takaful Ikhlas yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan individu dan syarikat menerima khidmatnya adalah di bawah kategori Takaful Am dan Takaful Keluarga.

Ujarnya lagi, pengenalan produk baharu berkaitan Takaful Medical Rider dijangka dilancarkan pada suku kedua 2014 bakal memberikan satu kelainan kerana sebelum ini ia berkaitan pelaburan sahaja.

"Takaful Ikhlas sehingga kini menguasai 12 peratus kepentingan pasaran akan berusaha lebih aktif untuk mengukuhkan lagi program-program sedia ada dalam meningkatkan lagi penguasaan pasaran.

"Kami berharap dengan meningkatnya penguasaan pasaran kami, ia akan berupaya membawa kepada keputusan kewangan lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 yang akan diumumkan tidak lama lagi," katanya dalam majlis penyampaian Anugerah Euromoney Islamic Finance Awards 2014 di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Serantau Asia Euromoney, Marcus H. Langston.

Takaful Ikhlas baru-baru ini dinobatkan sebagai Penyedia Takaful Terbaik dalam Anugerah Kewangan Islam oleh majalah kewangan antarabangsa, Euromoney.

Ab. Latiff ketika diminta memberi reaksi terhadap anugerah itu berkata, ia adalah pengiktirafan penting kepada pihaknya atas usaha mereka dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang inovatif berlandaskan prinsip dan nilai Islam.

"Kami akan terus berusaha dengan gigih bagi menawarkan lebih banyak produk inovatif dan relevan sekaligus memberikan pengalaman positif kepada setiap pelanggan.

"Usaha kami bagi mempromosikan serta menggalakkan Muamalat Islam akan menjadi antara agenda utama yang melambangkan nilai dan amalan syarikat," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140308/ko_03/Takaful-Ikhlas-sasar-2-juta-pemegang-polisi#ixzz2vU5v8LKN
© Utusan Melayu (M) Bhd