Jika Anda DiTimpa Musibah - Bagaimana dengan kehidupan keluarga ANDA?

Standard

Sekiranya anda meninggal dunia,  hilang upaya atau ditimpa penyakit kritikal dan tidak mampu bekerja lagi, Bagaimana keluarga anda dapat meneruskan kehidupan seperti biasa? Adakah mereka perlu mengemis meminta bantuan kewangan dari adik beradik, rakan-rakan, jiran termasuk melalui facebook, tv atau suratkhabar?




Adakah anda seorang yang bertanggungjawab kepada keluarga yang anda sayangi?

Bagaimana dengan pendidikan dan masadepan anak-anak anda? Andakah anda mahu mereka berhenti sekolah dan bekerja ketika usia muda untuk membantu ibunya dan adik-beradik yang lain?

DAPATKAN HIBAH TAKAFUL !
Hadiahkan wang pampasan takaful kepada isteri atau waris tersayang

Hibah dan Wasi adalah instrumen penting dalam pembahagian harta dalam Takaful. Hibah adalah pemberian manakala Wasi adalah pemegang amanah.  Orang yang mengambil insuran takaful dipanggil peserta.


Peserta mendapat sejumlah wang pampasan kiranya ditimpa musibah. Andai kata peserta meninggal dunia sejumlah wang akan diberikan kepada waris beliau. Disini pemberian secara hibah atau wasi mengambil peranan.  Kiranya peserta lelaki membuat hibah keseluruhan pampasan kepada isterinya. Maka isterinya itu akan mendapat keseluruhan harta tersebut tanpa perlu difaraidkan.  Ini kerana hibah/pemberian  tersebut dibuat ketika peserta masih hidup. Seandainya peserta melantik isteri sebagai wasi  (pemegang amanah) , maka isteri  akan  membahagikan pampasan kepada waris tersebut mengikut persetujuan kesemua waris ataupun secara faraid.

Sabda Rasulullah SAW:  "Berilah hadiah, kamu akan berkasih sayang." (riwayat al-Bukhari)


Melalui hibah takaful, isteri dan waris dapat meneruskan kehidupan harian dan melaksanakan cita-cita anda untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk MASADEPAN anak-anak supaya mereka menjadi insan yang BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT. Juga boleh membantu menyelesaikan hutang simati termasuk menunaikan rukun islam ke 5 iaitu melalui badal haji.

Kenapa Perlu Takaful Sekarang?

Standard
Ini adalah antara beberapa sebab mengapa kita perlukan takaful:

1. Melindungi harta benda kita

-Andaikata anda dimasukkan ke hospital, dan anda dapati bil hospital mencecah RM10,000.00, adakah anda ingin membayarnya menggunakan simpanan anda? Jadi, di sinilah pentingnya takaful kerana, kami membantu anda melindungi harta benda anda dan menolong anda menyelesaikan bil hospital tersebut.

2. Bukti kita sayangkan keluarga

-Setiap hari anda menyimpan RM100.00 demi masa depan pendidikan anak anda yang berumur setahun. Andaikata, anda pergi dahulu sebelum sempat simpanan itu mencecah umur anak anda 20 tahun. Bagaimana simpanan itu hendak diteruskan? Isteri anda tidak bekerja, apa hendak dilakukan? Dengan takaful, kami boleh bantu meneruskan simpanan sehinggalah anak anda berusia 20 tahun dan masuk universiti dengan rasa tenang.

3. Menunjukkan kita bertanggungjawab

- Andaikata anda pergi dahulu sebelum isteri dan anak-anak anda, bagaimana mereka hendak teruskan kehidupan tanpa anda di sisi? Simpanan yang anda warisi, tidak mencukupi kerana anda lambat memulakan simpanan. Tetapi, dengan mengambil takaful, kita menunjukkan kita bertanggungjawab pada keluarga dan mampu mengelakkan mereka hidup tiada hala tuju.

4. Kesihatan kita makin merosot setiap hari

- Semakin kita tua, semakin merosot kesihatan kita. Maka, makin kerap kita masuk ke hospital akibat penyakit yang dihidapi. Namun begitu, dengan takaful, anda dapat menjalani rawatan dengan tenang dan selesa.

5. Mewujudkan tabiat menyimpan secara paksaan

- Bila memiliki takaful, sumbangan bulanan akan dipotong melalui bank anda. Jadi, ini akan melatih anda untuk menyimpan tanpa risiko anda terlupa atau tanpa sedar ia telah dipotong. Ia memaksa kita menyimpan demi masa depan yang cerah dan risiko yang tidak menentu.

6. Membuat pahala

- Sebenarnya, melalui takaful, kita dapat membuat kebajikan dan seterusnya mendapat pahala kerana dalam sistem takaful, setiap sumbangan itu dikira sebagai derma untuk membantu pemegang-pemegang takaful yang lain. Jadi, setiap sumbangan bulanan yang kita berikan setiap bulan, akan ada peratus kecil yang diambil untuk dijadikan derma untuk pemegang-pemegang takaful yang ditimpa risiko.

Jadi jangan buang masa anda untuk memiliki takaful. Sila isi hubungi/sms saya untuk temujanji/ sebutharga takaful anda.

Merancang MasaDepan Anak-Anak Anda

Standard


Persediaan Untuk  Anak-Anak Melanjut Pelajaran @ Modal Berniaga

Kini ramai ibubapa ada kesedaran dan mengambil berat akan masadepan anak-anak mereka terutama dari segi kos rawatan perubatan dan pendidikan sehingga ke peringkat universiti. Mereka mula menyimpan wang di bank atau tabung haji untuk anak-anak sejak mereka kecil lagi.

Ia merupakan satu tindakan yang bijak, yang penting bukan di bank konvensional. Pilihlah bank-bank Islam yang sekarang sudah banyak menjadi pilihan kita.

Tetapi tahukah anda; sekiranya berlaku kematian atau lumpuh atau anda tidak mampu bekerja lagi, adakah anda masih mampu meneruskan simpanan kewangan untuk anak-anak anda? Bagaimana jika mereka ditimpa musibah? Adakah anda mampu untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk anak-anak anda?

Anak-anak saya tidak pandai dalam pelajaran?
Berfikir positif, mungkin anak-anak anda minat berniaga,
Bantu mereka memulakan perniagaan dengan menggunakan wang tersebut sebagai modal. Semoga mereka menjadi usahawan yang berjaya dan beriman.



BERIKAN MEREKA JAMINAN MASA DEPAN, SEKARANG.

Pendidikan dan kewangan yang baik adalah pasport untuk kehidupan yang sempurna. Dengan kos pendidikan , perubatan dan sarahidup yang semakin meningkat, anda harus merancang bermula dari sekarang. 

TAKAFUL IKHLAS menyediakan sebuah pelan yang mampu membantu anda memperuntukkan sejumlah wang setiap bulan ke arah kewangan masadepan anak anda. la juga menyediakan perlindungan seandainya anak anda ditimpa penyakit kritikal, meninggal dunia atau hilang upaya.

Disamping itu dengan pelan perlindungan pembayar (waiver), caruman anak-anak dilindungi dan akan diteruskan oleh pihak takaful sekiranya pembayar (ibu-bapa) ditimpa musibah.

Islam juga menyeru agar menjadikan kehidupan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat"

ChoicePlus Family Medical Card untuk Individu

Standard


Medical Card adalah satu keperluan untuk semua. Alhamdulillah, kini telah banyak Syarikat Takaful memasarkan Medical Card Takaful. Namun begitu, ramai yang beranggapan mereka tidak perlu memiliki Medical Card kerana masih lagi Sihat dan Majikan cover kos perubatan. Dengan kata lain, mereka tidak merasakan adanya KEPERLUAN untuk memiliki Medical Card. Sekiranya anda ingin mengetahui samada anda patut memiliki medical card atau sebaliknya, sila fahami dan hayati kenyataan di bawah untuk memastikan keperluan anda untuk memiliki .

1. Jika saya masuk hospital, mampukah saya membayar bil hospital. Saya mungkin dapat mengelak hutang kereta,rumah, kredit kad, etc..tetapi jika doktor memerlukan duit untuk rawatan, saya tiada pilihan, saya perlu menyediakannya serta merta. Medical card akan membantu anda serta merta dan anda tidak perlu lagi risau tentang kos rawatan.

2. Jika saya masih bekerja, syarikat akan membayar kos perubatan saya dengan medical card berkelompok. Bayangkan jika saya dah pencen selepas umur 55 tahun. Bermula umur 56 tahunlah saya akan sakit dan syarikat tidak lagi akan membayar kos perubatan saya. Jika saya tunggu sehingga umur 56 tahun baru saya nak memiliki medical card, saya bernasib baik jika saya masih sihat. Sekalipun saya masih sihat, saya perlu membayar premium yang sangat tinggi untuk memiliki medical card.

3. Saya tidak tahu bila saya akan sakit dan semua orang tidak mahu sakit. Tetapi, kenapa ramai orang di hospital? Mereka datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan saya mungkin salah seorang daripadanya suatu hari nanti.

Pasti anda sudah ketemui jawapan samada anda perlukan medical card atau sebaliknya. Tepuk dada tanyalah diri sendiri…adakah aku benar-benar perlukan medical card setelah menjawab persoalan di atas?

Bagi mendapatkan perkara terbaik dalam hidup, anda perlu kekal sihat. Penyakit, kemalangan dan halangan perubatan yang lain boleh mengganggu perancangan masa depan melainkan anda bersedia daripada segi kewangan


Ikhlas "ChoicePlus" Family Medical Takaful Rider adalah produk terkini dari Takaful Ikhlas yang mula dilancarkan pada Julai 2013. Ia menggabungkan 3 elemen utama (3 dalam 1) iaitu Pelaburan, Perlindungan dan Perubatan berasaskan Syariah.

Kos Rawatan Perubatan yang semakin tinggi menyedarkan orang ramai akan keperluan untuk mendapatkan perlindungan kewangan sekali gus dapat menyelesaikan kos rawatan perubatan di hospital swasta. Walaupun orang ramai mempunyai pilihan rawatan di hospital kerajaan tetapi layanan dan kualiti ubat adalah berbeza di hospital swasta.


Saya pernah menghantar anak yang kecil mendapatkan rawatan demam panas di hospital kerajaan dan isteri terpaksa tidor sambil duduk di kerusi selama 10 hari. Layanan yang tidak memuaskan dan tiada keselesaan untuk penjaga.

Sejak itu saya bertekad untuk mendapatkan kad perubatan untuk satu famili bagi mendapatkan rawatan yang terbaik dari hospital swasta. Tindakan saya amat tepat selepas beberapa tahun, isteri mengalami "mild stroke" dan disahkan menghidap kanser setahun selepas itu. Alhamdulillah beliau dirawat di hospital swasta dan mendapat rawatan yang terbaik. Dengan kos rawatan yang melebihi RM40,000 saya mungkin terpaksa mendapatkan bantuan/pinjaman kewangan dari bank atau adik beradik. Dengan kad perubatan, semuanya ditanggung oleh syarikat takaful/insurans. Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t, beliau sudah disahkan sihat dan sembuh sepenuhnya.

Sekiranya anda masih belum memiliki kad perubatan atau merasakan ianya tidak perlu, saya syorkan anda bertindaklah sekarang. Dapatkan kad perubatan untuk anda, isteri dan anak-anak demi kebaikan masadepan mereka. Pepatah melayu berkata "Malang Tidak Berbau, Sediakan Payung Sebelum Hujan". Sayangilah keluarga anda.

Dan yang paling penting, dapatkan lah kad perubatan Ikhlas ChoicePlus dari Takaful Ikhlas yang berasaskan Syariah. Berikut adalah Jadual Manfaat.



Pelan yang menyediakan simpanan + pelaburan + perlindungan + kad perubatan yang terbaik untuk anda

Kelebihannya....

* Pelan perlindungan dijamin patuh syariah (tiada percampuran antara islamik dan konvensional)
* Had perlindungan seumur hidup sehingga RM1.5 juta
* Rawatan PERCUMA di hospital pakar yang terlibat di seluruh Malaysia
* Mendapat simpanan dan keuntungan bila sampai tempoh matang
* Insentif sebanyak 5% setiap 3 tahun pada tahun ke 10 dan setiap 3 tahun sehingga matang
* Peningkatan jumlah perlindungan sehingga 10% setiap 3 tahun

Manfaat unik IKHLAS “Choice Plus” Individual Medical Rider
1. Pelan Tanpa Tunai supaya bersesuaian dengan bajet anda
2. Perlindungan Perubatan Tradisional
3. Tiada ko-takaful bagi mengelak ketidakpastian bil dan kekeliruan
4. Umur Penyertaan sehingga 70 tahun
5. Had Seumur Hidup yang Tinggi
6. Elaun Tunai Harian Hospital Kerajaan
7. Perlindungan ke atas Perbelanjaan Penginapan untuk peneman
8. Penjagaan Jangka Panjang sebagai tambahan kepada Had Tahunan Keseluruhan
9. Ganjaran Manfaat Kesihatan untuk anda yang kekal sihat

Jaminan manfaat perlindungan takaful:
- Kematian / TPD biasa
- Kematian / TPD akibat kemalangan
- Penyakit kritikal
- Pengecualian caruman pemilik polisi(sekiranya TPD / penyakit kritikal) dari tarikh disahkan sehingga matang, syarikat akan tolong carumkan
- Pengecualian caruman kepada pembayar(sekiranya TPD / penyakit kritikal)

Untuk penerangan lanjut, hubungi saya, Kamisan Mail 019.320.2760




Konsep Tabarru', Hibah dan Wakaf dalam Takaful Ikhlas

Standard


Daripada Rasulullah SAW dengan sabdanya: Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah amalannya melainkan dengan tiga perkara: Sedekah yang berterusan, ataupun ilmu yang memberikan manfaat, ataupun anak yang soleh yang berdoa kepadanya. (riwayat Muslim)

Konsep Takaful Ikhlas

1. Tabarru' - dimana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada Dana Risiko untuk membantu peserta lain.

2. Hibah - bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara suka rela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan ('iwad).

3. Wakaf - satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

p/s: Buat masa ini, Takaful Ikhlas bekerjasama dengan Perbadanan Wakaf Selangor dimana peserta boleh mewakafkan sehingga 30% dari wang pampasan

Contoh...pembahagian Hibah

1. Peserta menghibahkan 100% wang pampasan kepada isteri/suami
2. Peserta menghibahkan 50% wang pampasan kepada isteri/suami, 25% kepada ibu/bapa dan 25% kepada anak
3. Peserta menghibahkan 70% wang pampasan kepada isteri/suami dan baki 30% kepada Sekolah Tahfiz
4. Peserta menghibahkan 100% wang pampasan kepada badan kebajikan atau rumah anak2 yatim atau sekolah tahfiz

Contoh...pembahagian Hibah dan Wakaf

1. Peserta menghibahkan 70% wang pampasan kepada isteri/suami dan 30% diwakafkan kepada Perbadanan Wakaf Selangor
2. Peserta menghibahkan 70% wang pampasan kepada isteri/suami, 20% kepada ibu/bapa dan 10% diwakafkan kepada Perbadanan Wakaf Selangor

Kelebihan Konsep yang disediakan oleh Takaful Ikhlas

1. Tabarru' - http://www.3dlm1.com/2014/09/konsep-tabarru-dalam-takaful.html
2. Hibah - http://www.3dlm1.com/2014/04/apa-itu-hibah.html
3. Wakaf - http://www.3dlm1.com/2014/07/terbaru-wakaf-ikhlas-mewakafkan.html


Untuk penerangan lanjut, hubungi 019.320.2760 atau 010.800.7261 (whatsapp/telegram)




Takaful And Education Plan For Our Children

Standard


Takaful And Education Plan For Our Children
By Wan Jemizan Wan Deraman - 24 August 2014 @ 11:29 PM

 EVERY parent hopes for the best for their children by taking care of their clothing, nutrition and matters related to their education.

Having a perfect education is among the factors that contribute towards developing a happy life. Education is also one of the important agenda in our nation’s development plan to create a knowledgeable society.

Looking at the situation today, many excellent students are not able to further their studies due to financial problems. They do not receive any aid, either in the form of loan or scholarship from any institution, such as the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) or Majlis Amanah Rakyat (Mara).

When previous borrowers fail to pay their study loans, current students face difficulty in obtaining loans to pursue their studies.

Parents, meanwhile, have a huge responsibility in ensuring that their children get a good education.

As the cost of education keeps increasing year by year, parents should plan their financial matters, particularly those related to education, right after the birth of their children to enable them to obtain a good education.

When parents are able to plan, the polemic related to the educational loans will not arise.

The applications to enter higher public education institutions (IPTA) throughout Malaysia keep increasing year by year but the places offered are limited.

Moreover, the selection of students enrolling in IPTA is determined by meritocracy.

The selection will take into account of extra-curricular activities, in addition to academic achievements.

For children who are not active in extra-curricular activities, parents have no choice but to send them to private higher education institutions (IPTS) locally or abroad. Obviously, this involves a lot of money.

Another factor that parents should be aware of is the tuition fees which keep on increasing.

In order to reduce the burden on parents, among the instruments that offer an alternative to education loans and scholarships is the takaful plan.

Takaful operators are not just providing protection and investment plans but they also offer education plans so that parents can prepare adequate funds for their children’s future education. This kind of plan will help students further their tertiary education.

In Malaysia, the understanding on the importance of takaful is still lacking.

Various parties should play their roles in ensuring that education protection becomes an important agenda in family management.

In financial planning, parents should identify the family’s needs and ensure that priority is given to important matters, such as children’s education.

If parents are concerned about the requirements of the education system, they would have planned their budget, besides participating in a takaful education plan for their children.

Among the education fund products offered in the market is Ikhlas Education Takaful Classic (IETC), a product by Takaful Ikhlas Berhad.

The benefits offered by IETC are death and total permanent disability benefit, maturity benefit, cash withdrawal (based on requirements), increment of contribution rate and excellent academic achievement awards for participants whose children obtain excellent results in Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) and Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPM/SPMV).

The award is RM100 for each “A” obtained in UPSR subjects (minimum 5As), PMR (minimum 7As) or SPM/SPMV (minimum 7As).

Other takaful operators are also offering similar education products.

Hence, there is no reason for parents not to prepare for their children’s education as early as possible.

Islamic scholar Imam Al-Ghazali Rahimahullah once said: “Children are our jewels”.

So, it is our responsibility as parents to polish these jewels by providing them with education.

If children have adequate education funds, surely they will be able to further their studies, thus raising the level of education in Malaysia.

Lastly, observe the meaning of a hadith narrated by Bukhari: “It is better to leave your heirs wealthy than to make them beg from people with their hands.”

Source http://www.nst.com.my/node/26360?d=1

Alternative Income: Investment-Linked Takaful Plans

Standard





Alternative Income:  Investment-Linked Takaful Plans

17 August 2014 @ 11:02 PM

 MAN and his wealth are inseparable. Thus, Islam recognises the human needs to acquire wealth. In relation to this, the religion has outlined a definite set of laws to be followed by man in his interaction with wealth as a mean to enjoy the comforts of life and to achieve taqwa, or the highest devotion to Allah.

Having wealth alone, without it being managed and developed for the goodness of mankind, is contrary to what is demanded by Islam. Islam decrees that such wealth to be developed and prohibits one from freezing it.

Nowadays, some people begin to turn to investments as an alternative form of income to achieve their future objectives. Yet today, our society is overwhelmed by various investment methods, both legal and illegal, including get-rich-quick schemes.

It is undeniable that the awareness for investing among the community today is very encouraging. However, such enthusiasm should not make one fail to distinguish between the real investment methods and the bogus ones, for it may produce catastrophic results in the future instead of success. Therefore, every member of the society has to get hold of the basic knowledge related to the investments before deciding to invest.

With rapid growth and development of the takaful industry at present, takaful operators are also offering many innovative products that meet the needs of the society.

To fulfil the customers’ needs, not only in term of takaful coverage, but also to reap profits from the investment activities of takaful handlers. Takaful Ikhlas is offering a product that combines the elements of takaful coverage with elements of investment, known as “investment-linked”.

Subscriptions to these investment-linked products are expected to continue to escalate, in line with the increasing income of Malaysians.

The investment-linked takaful plan is a long-term savings plan based on the method of investing in a group of shares that are divided into several units, something akin to unit trusts and combined with takaful protection benefits.

The significant distinction between the takaful investment-linked compared to other investment methods is the element of protection. A participant will not only reap the benefits of investment profits, but will also enjoy the elements of protection should the participant suffer any of the risks covered under the plan.

Takaful Ikhlas offers the Ikhlas Premier Investment-linked Takaful and Ikhlas Capital Investment-linked Takaful.

Ikhlas Premier Investment-linked Takaful provides a peace of mind to potential investors with sufficient financial protection through investments in any of these investment funds, namely the growth funds, balanced funds and fixed-income funds.

Under the premier investment-linked takaful, participants have the opportunity to make a more lucrative income with only RM100 per month contribution, and they are actually equipping their future with financial protection, should any disaster befallen them that can lead to death or total & permanent disability (TPD).

As for benefits in the case of death or TPD, 100 per cent of the total coverage plus the outstanding amount in all share units will be paid to the participant or his immediate family.

On the other hand, through Ikhlas Capital Investment-linked Takaful, a single contribution is enough to give the participants the opportunity to get a more lucrative return on forthcoming investments. It is a plan that provides added value, both to the capital and protection simultaneously.

Under this plan, participants can enjoy the highest return and protection on the investments they make. For example, with a one-time payment of RM5,000, participants will enjoy a lucrative investment return and takaful coverage required in the event of a disaster that leads to death or TPD. A participant or his next of kin can enjoy (subject to the terms and conditions) 100 per cent of the total coverage (equivalent to 125 per cent of the single contribution) in case of death or TPD.

Investment-linked takaful plan is not only unique in terms of worldly benefits to be enjoyed by the participants, but it also provides benefits for the hereafter. This benefit can be enjoyed by the participants through the application of “Tabarru” (donation), which is the core of the takaful system.

In the takaful system, implementation of Tabarru is bound to the principles of takaful (mutual help), which is to create a mutual atmosphere of helping one another. As a simple analogy, participant A would make a contribution to help participant B, and participant B would donate to help participant A, this would create a helping environment known as takaful. These are among the advantages and beauty of the takaful system that is not found in conventional insurance system, to enjoy the benefits of the hereafter together with the worldly returns.

Participants need not feel apprehensive because the responsible bodies in the takaful industry in Malaysia, such as Bank Negara Malaysia, have established a robust and efficient regulatory framework of syariah compliance. Takaful Act 1984 also has allocated several provisions that require takaful operators to ensure that all their activities comply with syariah, and this is accompanied by circulars issued from time to time by Bank Negara.

Source: http://www.nst.com.my/node/23964

Ask me how. Call Kamisan Mail 0193202760

Wakaf Ikhlas - Mewakafkan Sebahagian Dari Jumlah Perlindungan Sijil

Standard


Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama') berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.

Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai.

Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah :-

Mafhumnya :-

“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )


Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

Maksudnya :-

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.

( Hadis Riwayat Muslim )


WAKAF IKHLAS

Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa sertamerta, pemilik sijil/peserta takaful ikhlas boleh mewakafkan sebahagian dari jumlah perlindungan sijil mereka. Pihak syarikat akan bekerjasama dengan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bagi menguruskan semua urusan wakaf yang telah diamanahkan pemilik sijil/peserta.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Kamisan Mail di talian 0193202760/0108007261

Perlindungan Takaful untuk "Key-Man"

Standard

Siapakan KeyMan atau Orang Terpenting dalam Syarikat?

Mereka adalah kunci utama dalam menentukan kejayaan syarikat anda. Orang Terpenting atau KeyMan ini terdiri dari
  • Seseorang yang bukan semestinya pemilik perniagaan
  • Seseorang yang bukannya pekerja biasa
  • Seseorang yang banyak menyumbang kepada kekukuhan kewangan syarikat
  • Seseorang yang bakatnya, pengetahuan, kebolehan, kepimpinannya bertanggung jawab keatas kejayaan dan perkembangan syarikat
  • Kematiannya atau kehilangan upayanya boleh menyebabkan syarikat mengalami kerugian
Apakah Masalah Yang Bakal Berlaku Apabila Terjadi Kematian Keatas Orang Terpenting@Keyman?
  • Gangguan keatas pengurusan
  • Menjejaskan kedudukan kredit
  • Menjejaskan perolehan
  • Menjejaskan keuntungan
  • Hilang Keyakinan
  • Masalah aliran tunai
  • Kos mungkin bertambah

 

Perlindungan Takaful untuk Key Man @ Key Man Takaful adalah perlindungan  yang sangat spesifik dan kompleks. Nasihat pakar adalah sangat penting bagi memastikan syarikat serta aset-aset anda dilindungi dengan betul. Setiap polisi perlu di ambil mengikut keperluan kewangan syarikat anda dan bukan seperti yang dicadangkan oleh penasihat kewangan dengan sembrono.

Pada April 2010 Dewan Perniagaan British telah menjalankan satu prnyelidikan terhadap jurang perlindugan perniagaan bagi perlindungan Key Man Insurance, hasilnya telah mendapati satu keputusan yang mengejutkan. Sekurang-kurangnya 400 billion pound kerugian telah berlaku.

Di Malaysia, kesedaran terhadap kepentingan Keyman Takaful adalah sangat rendah. Perlindungan terhadap kemungkinan yang mungkin bakal berlaku adalah rendah. Sedangkan dengan adanya perlindungan tersebut, syarikat akan dapat mengurangkan jumlah kerugian sehingga melebihi 70%.

Keyman Takaful, merupakan pecahan kepada Polisi Perlindungan Perniagaan, polisi ini direka khusus untuk membayar sejumlah kecairan yang telah dipersetujui jika pekerja (Keyman) tiba-tiba tidak dapat meneruskan tugas disebabkan oleh kematian, lumpuh atau penyakit kritikal.

Bayaran pampasan tersebut adalah akan disalurkan terus kepada syarikat dan bukan kepada individu, dan itulah yang membezakannya dengan polisi perlindungan hayat biasa. Pampasan tersebut boleh jadi seratus ribu ringgit, satu juta ringgit atau lebih.

Bagi kebanyakan syarikat, Keyman Takaful merupakan komponen kritikal  dalam  perancangan sesuatu perniagaan bagi memastikan kejayaan mapan serta merupakan suatu idea yang hebat dalam memastikan operasi perniagaan yang berterusan.

Bergantung kepada jenis polisi apakah yang telah diambil, wang tersebut boleh digunakan bagi beberapa tujuan:-
  • Sebagai suntikan Modal – Membolehkan syarikat meneruskan kesinambungannya melalui jaminan kewangan yang ada walaupun kehilangan orang penting dalam syarikat (Keyman)
  • Mengekalkan nilai keuntungan – Orang yang dilindungi adalah yang bertanggungjawab dalam membawa keuntungan syarikat
  • Melindungi kos bagi pekerja sementara - Pembiayaan bagi pekerja sementara berkemungkinan menjadi tinggi terutamanya apabila terdesak atau kos untuk latihan
  • Melantik pekerja baru - Syarikat pasti akan mengeluarkan kos yang tinggi untuk melatih pekerja baru terutamanya yang melibatkan kerja-kerja profesional
  • Membayar balik hutang atau Overdraft – Kami menawarkan ketenangan minda, terutama sekali kepada pihak bank anda
  • Membayar bil-bil supaya kreditor rasa terjamin
  • Membayar gaji pekerja supaya mereka merasakan terjamin syarikat akan terus berfungsi
  • Untuk melindungi sebarang kerugian akibat kesilapan pengganti atau pekerja baru
Kesimpulannya: Mengapakah anda perlu menyusahkan serta menggunakan kewangan syarikat untuk menanggung kos-kos tersebut. Mengapa tidak anda melantik pihak ketiga (Third party) untuk menjaga kepentingan anda.

Dengan pelaburan yang minima anda boleh menyelamatkan Syarikat anda daripada bencana kewangan yang serius. Oleh yang demikian anda perlu mengambil tindakan segera untuk melindungi ORANG TERPENTING di Syarikat anda.!!!

Hubungi saya, Kamisan Mail (019-3202760) untuk temujanji

Group/Staffs MedicalCards for SMI

Standard
 

The Group Health Plan is a comprehensive health product specially designed for corporate clients. This product provides coverage for medical expenses incurred due to in-hospital care and ambulatory care resulting from sickness, disease or accidental injuries. This product is offered to employees as well as their dependents. It is offered together with value-added services to ensure effective and efficient healthcare delivery to insured employees and dependents (if covered) of the Employer.

Inpatient Care includes coverage in case of an admission. Benefits such as Surgical Fees, Physician’s Fees, Daycare Procedure, and Second Surgical Opinion form part of the Inpatient Care coverage.

Supplementary Riders such as Out-Patient Clinical Benefit, Maternity Benefit, and Dental Benefit may also be included to the basic product. You may request for additional information on these supplementary riders from the respective sales manager and / or Takaful Ikhlas Takaful’s intermediary partner, if required.

These takaful benefits provide additional financial assistance to the Employer in meeting the respective medical expenses covered. The detailed explanation of the services is included in Part 4 under statement of work. 

Comprehensive Coverage
Takaful Ikhlas/MediExpress offer comprehensive medical coverage which is inclusive of Long Term Care such as outpatient cancer treatment and kidney dialysis. We also do not impose pre-existing conditions (except congenital problems).

Value added features for Hospitalisation Care
  • Coverage for pre-existing condition
  • No waiting period for existing and new employees
  • Outpatient physiotheraphy and physical theraphy is covered
  • Long Term Care rehabilitation treatment on Outpatient basis (Radiotheraphy, Kidney Dialysis, Chemotheraphy)
  • No co payment of total Medical bill for Room & Board upgrade. Member only needs to pay the difference of the Room & Board entitlement.

What is Choice Plus SMI Plan?
Group Insurance products that catered for Small & Medium Industries
  • A master contract or master policy.
  • Target Market – SMI Companies which have 50 to 100 employees
  • Cash before cover
Benefits
  • Worldwide coverage on Hospitalization & Surgical
  • Medical Provider Network –  2,000 Panel GP Clinics & Major Hospitals nationwide
  • Cashless Access to Medical Care (outpatient clinical only) with Compumed ID Card
  • 24 Hours Toll Free Assistance
  • Flexible Plan Design
  • Affordable
  • Administrative Ease
  • Yearly renewable
  • Wellness Program – Health Talk, HR Talk, Health Check, Syariah Talk,etc.
Medical Basic Benefit
  • Hospitalization
Medical Optional Benefits :-
  • Outpatient Care- General Practitioner (GP)
    - Specialist (SP)
  • Long Term Care
  • Immediate Death Expenses
  • Executive Screening

For more information, please contact Kamisan Mail (0193202760)

Konsep Tabarru' dalam Takaful

Standard
prinsip tabarru' dalam Takaful Ikhlas membantu ahli yang dalam kesempitan.

Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN

SESUNGGUHNYA Islam adalah agama yang sangat sempurna. Segala sistem dan peraturannya adalah untuk kebaikan dan kemaslahatan hidup manusia. Peraturan-peraturan Islam selari dengan fitrah kejadian manusia.

Secara fitrahnya manusia sangat sukakan harta, maka Islam telah meletakkan panduan yang jelas kepada manusia dalam hal-hal berkaitan harta agar harta tersebut memberikan kebaikan kepadanya.

Dalam Islam, manusia tidak memiliki harta tersebut secara mutlak, bahkan harta tersebut adalah sebagai amanah Allah untuk diatur dan disalurkan dengan cara yang diredai-Nya.

Islam menyediakan kaedah penyelesaian yang bukan sahaja praktikal malah dapat memberikan kebaikan di dunia dan di akhirat. Sebagai agama yang praktikal, Islam menyediakan solusi kepada pelaksanaan sistem insurans yang selari dengan prinsip syariah Islam.

Kontrak tabarru' (bersedekah) telah diperkenalkan sebagai asas kepada sistem takaful di mana kontrak berkenaan adalah lebih praktikal dan selamat dalam mengatur-urus sistem insurans yang pada tujuan asalnya adalah dianggap baik.

Perbahasan kali ini adalah berkaitan konsep tabarru' dan mengapa ia dipilih sebagai kontrak yang selamat pada pandangan Islam dalam menjalankan aktiviti dan transaksi insurans.

Berkasih sayang

Tabarru' bermaksud suatu bentuk derma ikhlas yang diberi oleh satu pihak dengan tidak meminta pertukaran atau balasan daripada pihak yang lain.

Ia dikategorikan sebagai kontrak satu pihak (unilateral) di mana cukup dengan hanya satu pihak sahaja yang melafazkan sesuatu pemberian tanpa ada sebarang pertukaran.

Tabarru' adalah antara amalan soleh yang sangat digalakkan oleh Islam. Islam menggalakkan semangat tolong-menolong dan berkasih sayang antara satu sama lain. Justeru amalan bersedekah ini sangat tinggi nilainya di sisi Islam.

Ini kerana ia adalah asas kepada wujudnya masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Oleh kerana itulah banyak dalil yang menyokong perkara ini. Antaranya maksud firman Allah SWT yang maksud-Nya: Wahai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Baqarah: 254)

Rasulullah SAW juga menegaskan dalam banyak sabda Baginda akan galakan dan keperluan melakukan sedekah. Antaranya daripada Rasulullah SAW dengan sabdanya: Firman Allah: Belanjakanlah (hartamu) wahai anak Adam, nescaya kamu akan diinfaqkan (oleh Allah SWT) (Muttafaq 'alaih)

Daripada Rasulullah SAW dengan sabdanya: Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah amalannya melainkan dengan tiga perkara: Sedekah yang berterusan, ataupun ilmu yang memberikan manfaat, ataupun anak yang soleh yang berdoa kepadanya. (riwayat Muslim)

Dalam takaful, setiap peserta yang menyertai mana-mana produknya akan memperuntukkan sebahagian atau keseluruhan daripada sumbangannya (premium) ke dalam satu tabung.

Tabung tersebut dinamakan Tabung Risiko. Ia menempatkan derma terkumpul para peserta. Fungsi dana ini adalah sebagai bantuan kepada peserta yang ditimpa musibah.

Sebagai contoh, dalam Model Takaful Ikhlas, setiap peserta berjanji melakukan derma secara bulanan (al Iltizam bi al Tabarru') ke dalam Tabung Risiko.

Di bawah model ini, sumbangan peserta akan ditempatkan ke dalam satu akaun, sebagai contoh Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) yang berupa milik peserta.

Pihak peserta yang telah berjanji melakukan derma tadi, membenarkan Takaful Ikhlas mengambil sejumlah tertentu daripada PRIA iaitu jumlah yang diperlukan untuk membantu peserta-peserta yang ditimpa musibah pada bulan berkenaan untuk didermakan (drip) setiap bulan ke dalam Tabung Risiko.

Setiap peserta akan saling membantu di antara mereka apabila ada di kalangan mereka yang ditimpa musibah.

Aplikasi tabarru' di dalam takaful telah menghapuskan unsur-unsur gharar (syubhat), riba dan maisir (judi) yang kerananya telah menyebabkan insurans konvensional difatwakan haram.

Ini kerana tabarru' dikategori sebagai kontrak satu pihak yang tidak memerlukan sebarang pertukaran atau timbal balas sebagaimana kontrak pertukaran seperti kontrak jual beli yang menentukan adanya pertukaran di antara dua pihak yang berkontrak.

Seseorang yang menderma cukup dengan menyerahkan barangan yang didermakan kepada pihak-pihak yang berkenaan, maka kontraknya telah dikira selesai. Tetapi bagi kontrak pertukaran seperti jual beli, kontraknya dikira selesai apabila pembeli menyerahkan wang (harga barang) dan penjual menyerahkan barang yang dijual tersebut, jika tidak kontrak berkenaan dikira tidak sah.

Inilah yang berlaku di dalam transaksi insurans konvensional di mana walaupun pelanggan telah membayar premium (harga) pihak penanggung insurans tidak berupaya menyerahkan barang yang berupa perlindungan, pada kebiasaannya dalam bentuk wang.

Ini kerana perlindungan (wang) tersebut hanya boleh diserahkan jika pelanggan berkenaan mengalami jenis risiko yang dilindungi seperti sakit jantung, mati, kemalangan dan sebagainya.

Wang hangus

Semasa membeli insurans, pelanggan berkenaan belum lagi menghidap musibah-musibah berkenaan. Maka sudah pasti pelanggan berkenaan tidak akan mendapat barang yang dibelinya itu yang sepatutnya diserahkan kepadanya pada masa tersebut.

Lagipun, musibah seperti sakit jantung, mati , kemalangan dan sebagainya itu sifatnya tidak diketahui akan berlaku atau pun tidak. Maka pelanggan berkenaan tidak pasti sama ada akan dapat atau tidak.

Dalam konteks kontrak jual beli, tidak berupaya menyerahkan barang yang dijual semasa akad dimeterai ia dikira sebagai transaksi yang mengandungi elemen gharar yang ditegah oleh Rasulullah SAW. Inilah yang berlaku dalam transaksi insurans konvensional.

Menerusi pelaksanaan tabarru' ini yang diikat dengan prinsip Takaful (saling membantu) mewujudkan suasana saling tolong-menolong di antara satu sama lain.

Sebagai analogi mudah, peserta A menderma untuk membantu peserta B, manakala peserta B menderma untuk membantu peserta A, suasana bantu membantu inilah yang dikatakan sebagai Takaful di mana peserta saling membantu sesama mereka.

Bukannya di antara peserta dengan pihak syarikat sebagaimana yang berlaku di dalam sistem insurans konvensional.

Berdasarkan prinsip-prinsip tabarru' sumbangan derma itu tidak boleh ditarik balik oleh peserta. Jika peserta membatalkan penyertaan di dalam Takaful, bahagian yang telah dimasukkan ke dalam Tabung Risiko tidak akan dipulangkan. Bagaimanapun peserta berhak mendapat baki yang ada di dalam PRIA dalam konteks Takaful Ikhlas.

Justeru, tiada istilah 'wang hangus' dalam keadaan ini sebagaimana yang cuba disalah tafsirkan kerana ia wang derma yang bakal diganjari pahala yang lumayan oleh Allah.

Demikian kerana dalam aplikasi takaful, jika sekiranya tidak berlaku tuntutan ke atas perkara yang dilindungi, sumbangan tabarru' tersebut berperanan sebagai sumbangan amal jariah yang sangat-sangat istimewa dalam Islam.

Inilah di antara kelebihan dan keindahan sistem takaful yang tidak ada dalam sistem insurans konvensional. Menikmati habuan ukhrawi di samping habuan duniawi sekali gus.

Allah menjanjikan ganjaran yang lumayan bagi mereka yang bersedekah. Ia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (al-Baqarah: 261). Selain itu boleh juga merujuk ke ayat 274 surah al-Baqarah.

Bukan sahaja peserta yang dapat menikmati manfaat rabbani ini malah mereka yang bekerja di syarikat-syarikat takaful termasuklah para wakil atau ejen Takaful yang terus menerus mempromosikan konsep tabarru' ini, juga bakal mendapat ganjaran ilahi.

Menerusi amalan tabarru' ini kita boleh menikmati ganjaran yang istimewa daripada Allah. Amalan ini boleh dikerjakan dengan lebih sempurna, sistematik dan profesional menerusi sistem takaful.

Malah amalan menerusi sistem Takaful ini adalah tabarru' kelas pertama di mana ia dilakukan dengan ikhlas, sehinggakan tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0826&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_03.htm#ixzz3CHCMqZxu


Kajian atasi kesesakan hospital kerajaan

Standard
http://m.utusan.com.my/Sabah_%26_Sarawak/20120705/wb_01/Klinik-Kesihatan-Miri-semakin-tenat 

Kuala Lumpur: Kajian sedang dilakukan untuk mengatasi kesesakan di hospital kerajaan bagi membantu pesakit menjimatkan masa dan wang apabila mendapatkan rawatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kini pesakit terpaksa menunggu berjam-jam hanya untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit biasa seperti selesema atau demam.

Katanya, ada juga pesakit terpaksa diletakkan dalam senarai menunggu bagi mendapatkan janji temu untuk prosedur diagnostik seperti ujian darah, MRI dan CT Scan di hospital kerajaan.

“Keadaan ini boleh dielak sekiranya pesakit faham bukan semua penyakit perlu dirawat di hospital dan terdapat kemudahan pilihan lain berhampiran dengan tempat tinggal mereka,” katanya selepas berucap pada Persidangan Saintifik Tahunan Persatuan Onkologi Malaysia (MOS) di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, sebagai contoh ada kes hospital kerajaan merujuk pesakit yang menghidap penyakit kritikal seperti barah ke klinik swasta bagi mendapatkan rawatan susulan kerana klinik kerajaan di tempat mereka tidak mempunyai kemudahan rawatan itu. - BERNAMA

Rujuk artikel asal http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kajianatasikesesakanhospitalkerajaan/Article/index_html




Lagi berita Kesesakan Di Hospital dan Keluhan Pesakit 

Pesakit jadi tunggul
Oleh SHAMRAN SARAHAN, RUDY SYAREME SHERIFUDDIN dan SHARIFAH ZULAIKHA SYED AMALI


>> TINJAUAN 1 - Hospital di Kuala Lumpur

Azman perlu mendapatkan rawatan di hospital ini selepas terbabit dengan kemalangan kecil yang menyebabkan dia cedera ringan dan bengkak di kaki.

Malangnya, sejak menunggu dari jam 7 pagi hingga 12.30 tengah hari, Azman masih belum menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Mulanya saya disuruh mendaftar di JPL. Selepas menghabiskan masa hampir tiga jam di situ, pegawai perubatan menyuruh saya ke JKT untuk rawatan lanjut.

“Kenapa tidak dari awal lagi saya diarahkan saja ke JKT? Sudahlah pesakit melambak di hospital, pengendalian pesakit yang tidak sistematik begini akhirnya akan menyusahkan,” katanya.

Sementara itu, pesakit di Klinik Pakar Ortopedik, Mohd Hafiz Hassan, 31, berkata memang sukar dinafikan bahawa masa menunggu di hospital kerajaan sungguh mengece wakan.

Menurut Hafiz, biasanya pesakit mengambil masa se tidak-tidaknya satu hingga tiga jam sebelum menerima pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.

“Saya mengalami masalah ligamen di lutut dan sudah melakukan pembedahan. Buat masa ini saya hanya melakukan rawatan susulan.

“Ada masa, saya menerima rawatan lanjut dengan cepat, tetapi jika ramai pesakit, ia mengambil masa panjang. Saya percaya, jika ada formula menangani kebanjiran pesakit ke hospital kerajaan, masalah menunggu ini tidak akan timbul,” katanya.


>> TINJAUAN 2 - Hospital di Johor

HASHIM Ibrahim, 69, yang menderita sakit asma sejak tujuh tahun lalu terpaksa menunggu hingga separuh hari di hospital untuk mendapatkan rawatan yang hanya memakan masa lebih kurang 10 minit.

Anak menantunya, Nadia Rauf, 31, yang sering menemani Ibrahim ke hospital berkenaan berkata, dia sudah lali dengan masa menunggu yang lama walaupun kerajaan pernah menyuarakan akan mengurangkan masa menunggu pesakit sebelum ini.

“Sebahagian besar masa dibazirkan hanya untuk menunggu giliran dan rawatan pula hanya mengambil masa antara lima hingga 10 minit.

“Cuba bayangkan, temujanji jam 10.30 pagi, saya bersama bapa datang sejam setengah awal untuk mendapatkan nom bor giliran, namun rawatan hanya dapat diberi kira-kira dua jam kemudian,” katanya.

Norhidayah Jamaluddin, 24, yang mengalami kesukaran membuang air kecil pula berkata, dia menunggu hampir tiga jam bagi mendapatkan rawatan di poliklinik hospital ber kenaan.

Menurutnya, ketika mendaftar dia diarah mengisi borang bagi menyatakan jenis penyakit sebelum mendapatkan nombor giliran.

“Saya datang ke poliklinik ini jam 12 tengah hari dan perlu menunggu sehingga 3 petang untuk mendapatkan rawatan.

“Menyukarkan lagi keadaan, hanya seorang doktor ber tugas pada waktu makan tengah hari, sedangkan jumlah pesakit yang menunggu di poliklinik bertambah,” katanya.


>> TINJAUAN 3 - Hospital di Pulau Pinang

PESAKIT gout, Yusuf Che Rus, 64, menegaskan, pesakit di kalangan warga emas sewajarnya tidak lagi dibebani masa menunggu yang lama untuk mendapatkan rawatan ketika berkunjung di hospital.

Yusuf berkata, sejak tiga tahun lalu dia perlu mendapatkan rawatan susulan setiap bulan dan terpaksa membuang masa lama semata-mata untuk rawatan dan mendapatkan ubat.

“Kasihan kepada golongan seperti kami. Sukar mem bayangkan apabila terpaksa menunggu lama dan menahan kesakitan kerana tiada kaunter khas disediakan untuk warga tua.

“Saya berasa terkilan dengan layanan diberi, dari dulu sampai sekarang tidak pernah berubah,” katanya.

Salmiah Suhaimi, 62, yang menghidap penyakit darah tinggi menegaskan, dia perlu menghabiskan masa antara tiga hingga enam jam setiap kali mendapatkan rawatan susulan di hospital berkenaan.

Katanya, lambakan pesakit di hospital antara punca ke lewatan pesakit menerima rawatan dan ia sepatutnya di tangani dengan serius.

“Ada kala malas hendak ke hospital, tetapi saya tiada pilihan. Jika hendak ke hospital swasta, saya tidak mampu.

“Sedih memikirkan perkhidmatan ditawarkan di hospital masih di takuk lama. Seawal jam 7.30 pagi sudah perlu ke hospital, dan segala urusan hanya selesai menjelang tengah hari, termasuk menunggu giliran mengambil ubat,” katanya.

Artikel asal http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pesakitjaditunggul//Article/article_print

Apa itu HIBAH?

Standard


Pelaksanaan hibah dalam konteks operasi Takaful
30 Sep 2009

HIBAH secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara suka rela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan ('iwad).

Hibah adalah diharuskan sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 177 surah al-Baqarah.

Selain itu, terdapat hadis berkaitan urusan hibah ini.

Sabda Rasulullah SAW:
"Berilah hadiah,kamu akan berkasih sayang." (riwayat al-Bukhari)


Pun begitu, apabila seseorang telah menghibahkan hartanya kepada individu yang lain, dia tidak boleh menarik semula atau membatalkan hibah tersebut kecuali dalam situasi seorang bapa menghibahkan harta kepada anaknya atau datuk kepada cucunya.

Rasulullah SAW bersabda:
" Orang yang mengambil balik hibahnya seperti orang yangmenjilat kembali muntahnya". (riwayat Al-Nasa'i)


Sabda Baginda SAW lagi:
"Seseorang tidak boleh meminta balik hibahnya melainkan hibah bapa terhadap anaknya". (riwayat Al-Nasa'i)


Setiap kontrak dalam Islam mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat yang mesti dipatuhi, begitu juga dengan hibah. Akad hibah tidak akan wujud melainkan setelah rukun-rukun dan syarat-syaratnya dipenuhi.

Rukun-rukun bagi hibah ialah pemberi hibah (al-wahib), penerima hibah (al-mauhub lahu), benda yang dihibahkan (al-mauhub) dan sighah (penawaran dan penerimaan atau ijab dan qabul).

Syarat-syarat sah pemberi ialah pemberi merupakan pemilik yang sah ke atas harta yang ingin dihibahkan, tidak dihalang oleh sesuatu perkara. Pemberi juga merupakan seorang yang telah baligh dan hibah atau pemberian yang dibuat perlulah dibuat secara suka rela dan tanpa paksaan. Jika pemberi dipaksa untuk menghibah atau menghadiahkan hartanya kepada orang lain, secara automatik hibah tersebut adalah terbatal.

Selain itu, syarat-syarat penerima pula ialah penerima perlu wujud semasa proses hibah atau kontrak dijalankan. Syarat-syarat bagi barang yang ingin dihibahkan ialah ia mesti wujud semasa berlakunya akad hibah, halal, mempunyai nilai dan dimiliki oleh pemberi hibah.

Penerima hibah tidak boleh menghibahkan barang yang menjadi milik orang lain. Contohnya; Ali menghibahkan pen Ahmad kepada Abu.

Hibah tersebut adalah tidak sah kerana pen tersebut adalah dimiliki oleh Ahmad dan bukan kepunyaan Ali. Apabila sesuatu akad hibah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syaratnya serta berlaku penyerahan dan pemberian barang itu (al-qabd), maka harta itu menjadi milik si penerima hibah.

Jika al-qabd tidak berlaku, maka akad hibah tidak sah dan pemberi hibah berhak menarik balik hibah itu selama mana harta masih berada dalam miliknya.

Hibah diadaptasi sebagai konsep tambahan kepada produk-produk Takaful dan diamalkan oleh kebanyakan pengendali takaful seperti produk Pelan Pendidikan oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Pembayar sumbangan

Produk ini hanya ditawarkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak di mana ibu atau bapa akan bertindak sebagai pembayar sumbangan (pemberi hibah) dan anaknya merupakan peserta takaful (penerima hibah). Hibah seperti ini diharuskan kerana semua rukun dan syarat dapat dipenuhi.

Selain itu, pengendali Takaful melalui pengurusan Tabung Tabarruk akan menghibahkan sesuatu kepada peserta sebagai ganjaran di atas kejayaan tertentu yang dicapai oleh peserta. Hibah jenis ini juga jelas dan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak kerana semua rukun dan syarat dapat dipenuhi.

Berkaitan hibah manfaat Takaful kepada penama yang dinamakan di dalam borang penerima manfaat, para ilmuwan berselisih pendapat berkaitan beberapa isu yang ditimbulkan daripada amalan ini. Antaranya adalah hibah seharusnya dilakukan semasa hidup, akan tetapi hibah manfaat Takaful akan hanya berkuatkuasa setelah peserta Takaful meninggal dunia.

Status manfaat Takaful juga masih dipertikaikan sama ada ia adalah harta si mati atau tidak. Jika ia adalah harta, adakah ia perlu dibahagi-bahagikan kepada ahli waris mengikut hukum faraid atau hibah yang dibuat itu sudah memadai untuk dilaksanakan.

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuaratnya yang ke 34 bertarikh 21 April 2003 / 19 Safar 1424, telah membuat keputusan mengenai aplikasi konsep hibah bagi pembahagian manfaat Takaful:

1. Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariah;

2. Status hibah yang digunakan dalam pelan takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis hibah yang digunakan ialah hibah bersyarat di mana hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa yang tertentu.

Dalam konteks Takaful, manfaat Takaful dikaitkan dengan kematian peserta dan tempoh matang sijil. Jika peserta masih hidup semasa tempoh matang sijil, manfaat Takaful akan dimiliki oleh peserta. Akan tetapi, jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, maka hibah akan berkuatkuasa;

3. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat sebelum tempoh matang sijil, kerana hibah bersyarat hanya sempurna selepas berlakunya penyerahan (qabdh);

4. Peserta mempunyai hak membatalkan hibah yang dibuat kepada seseorang individu dan menyerahkan barang yang ingin dihibahkan itu kepada orang lain atau membatalkan penyertaan dalam Takaful, jika penerimanya mati sebelum tempoh matang; dan

5. Borang penamaan Takaful perlu diselaras dan dinyatakan dengan jelas status penama sama ada sebagai benefisiari atau pemegang amanah (wasi). Sebarang masalah berkaitan pembahagian manfaat Takaful mestilah dirujuk kepada kontrak yang telah dimeterai.

Bagi produk-produk Takaful Keluarga yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas, pihak syarikat menyediakan borang cadangan hibah untuk peserta sekiranya mereka bercadang menghibahkan manfaat Takafulnya setelah berlaku kematian peserta.

Namun begitu, nama yang dicadang perlulah terdiri sama ada ibu bapa, pasangan yang sah, anak dan adik-beradik. Walaupun hibah secara asasnya boleh diberi kepada sesiapa sahaja, namun, bagi menjaga dan memelihara kebajikan waris terdekat, pihak syarikat mengkhususkan kategori individu yang ingin dicadangkan sebagai penerima hibah
.
Kesan daripada penggunaan akad hibah ialah harta yang telah dihibah terkeluar daripada harta pusaka dan tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka atau faraid. Selain itu, harta tersebut tidak boleh dituntut oleh ahli waris yang lain.

Melihat kepada keperluan semasa, seharusnya lebih banyak produk yang berasaskan konsep hibah dihasilkan. Ia bagi menjadikan produk-produk tersebut lebih kompetitif dan mampu menandingi produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat insurans konvensional.

Justeru, para pengendali Takaful seharusnya mempergiatkan usaha penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan produk-produk yang bukan hanya kompetitif. Apa yang paling penting, ia mestilah selaras serta selari dengan prinsip-prinsip yang digariskan oleh syariah.

Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN


Kesimpulan

Hibah dan Wasi adalah instrumen penting dalam pembahagian harta dalam Takaful. Hibah adalah pemberian manakala Wasi adalah pemegang amanah. Orang yang mengambil insuran@takaful dipanggil peserta. Peserta mendapat sejumlah wang pampasan kiranya ditimpa musibah. Andai kata peserta meninggal dunia sejumlah wang akan diberikan kepada waris beliau.

Disini pemberian secara hibah atau wasi mengambil peranan.  Kiranya peserta lelaki membuat hibah keseluruhan pampasan kepada isterinya. Maka isterinya itu akan mendapat keseluruhan harta tersebut tanpa perlu difaraidkan.  Ini kerana hibah/pemberian  tersebut dibuat ketika peserta masih hidup. Seandainya peserta melantik isteri sebagai wasi (pemegang amanah). Maka isteri akan membahagikan pampasan kepada waris tersebut mengikut persetujuan kesemua waris ataupun secara faraid.

Permasalahan isu pembahagian harta mengikut penama, wasi dan hibah kadang kala boleh menjadi rumit. Ini disebabkan terdapat perundangan civil dan perundangan syariah dalam mengendalikan kes. Banyak juga faktor yang mendorong pertindihan kuasa dalam perlaksanaannya.

Tujuan hibah takaful ialah apabila peserta meninggal dunia, untuk meringankan beban kewangan segera kepada isteri dan anak-anak yang ditinggalkan bagi meneruskan kehidupan harian (spt makan, minum, pakaian, tempat tinggal dll), membiayai pendidikan anak-anak hingga ke universiti, menyelesaikan hutang simati dan sebagainya.

7 Tip mendapatkan Takaful mengikut keperluan anda

Standard

 
7 Tip mendapatkan Takaful mengikut keperluan anda

” Takaful sudah menjadi trend yang popular kini dalam membantu  perancangan kewangan anda. Bagi yang belum ada atau yang sudah dapatkan takaful boleh membaca 7 tip di bawah bagi mendapatkan polisi Takaful yang sesuai dengan anda.



#1 Tabung kesihatan

Ramai tidak sedar sebenarnya Takaful dapat menyediakan tabung kesihatan dengan jumlah yang besar tanpa perlu memyimpan di bank. Bayangkan peserta didapati mendapat penyakit kritikal seperti kanser dan memerlukan kos rawatan sehingga RM60,000. Ya, memang benar anda boleh mendapatkan rawatan di Hospital kerajaan dengan kos yang lebih rendah tetapi di sana peserta terpaksa menunggu dengan senarai yang panjang untuk mendapatkan rawatan. Kebiasanya pesakit kanser terpaksa menunggu berbulan-bulan lamanya untuk mendapatkan rawatan kerana kelengapan perubatan di Hospital kerajaan terhad sedangkan rawatan kanser tidak boleh di tunggu. Disebabkan itu anda pernah mendengar pesakit tidak sempat dirawat kerana mendapat rawatan yang lewat. Untuk mengatasi masalah ini Takaful menawarkan perlindungan penyakit kritikal mengikut keperluan peserta dengan caruman yang rendah. Selain itu peserta juga boleh mendapatkan Medical card dengan bayaran murah tetapi perlindungan sehingga mencecah RM1.5 Juta. Oleh sebab itu peserta yang bercadang untuk mendapatkan takaful bolehlah mempertimbangkan Tabung kesihatan.



#2 Tabung pendidikan anak

Pendidikan anak adalah menjadi keperluan utama bagi setiap ibubapa. Kebelakangan ini pelbagai skim diperkenalkan bagi membantu ibubapa membuat tabung pendidikan anak. Takaful juga dapat membantu anda membuat tabung pendidikan dan lebih menarik lagi pembayar atau ibubapa menikmati pelepasan bayaran (waiver of contribution) yang tidak ada dalam skim pelaburan atau menyimpan di bank. Pelepasan bayaran akan diberi kepada ibubapa atau pembayar jika meninggal dunia, lumpuh, cacat kekal atau mengidap 39 penyakit kritikal. Ini bermakna ibubapa atau pembayar tidak perlu risau dengan tabungan pendidikan anak mereka kerana takaful dapat menjamin tabung meraka akan diperolehi selepas tempoh matang dengan caruman yang rendah walaupun pembayar sudah tiada. Tabung pendidikan anak disyorkan kepada peserta yang mahu memastikan anaknya mendapat pendidikan universti dan dalam masa yang sama tidak memerlukan wang yang banyak untuk membiayai pendidikan anak mereka.




#3 Tabung perancangan kewangan pesaraan

Tabung ini adalah asas kepada Takaful kerana konsep takaful adalah menabung dan perlindungan. Perlindungan asas yang kebanyakan syarikat takaful tawarkan adalah kematian dan khairat kematian. Disamping itu peserta sebenarnya menabung dengan Takaful. Tabung ini boleh diambil apabila polisi peserta matang dengan keuntugan mudharabah. Walaubagaimanapun peserta boleh membuat pengeluaran sebanyak tiga kali sepanjang tempoh polisi. Takaful juga akan mengeluarkan penyata setiap tahun jumlah simpanan semasa peserta bagi memudahkan peserta merancang tabung pesaraan.

#4 Tabung perlindungan hutang

Perlindungan hutang adalah menjadi teras yang penting dalam islam kerana Rasullulah s.a.w sendiri menekankan dalam pengurusan hutang. Hutang menjadi tanggungjawab anda walaupun sudah meninggal oleh sebab itu umat islam diwajibkan membayar hutang walaupun tidak dituntut. Takaful juga menyediakan kemudahan ini kepada peserta mengikut keperluan peserta dengan caruman yang rendah.

#5 Tabung kemalangan

Takaful juga menyediakan tabung kemalangan kepada peserta. Jika berlaku kemalangan peserta boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada tabung kemalangan. Tabung kemalangan mempunyai banyak jenis antara jenis popular perlindugan kematian, cacat dan lumpuh, perlindungan kehilangan angota badan, perlindungan patah dan banyak lagi. Peserta bolehlah memilih jenis tabung kemalangan mengikut keperluan peserta.

#6 Tabung perlindungan pendapatan

Tabung ini amat penting kepada setiap peserta  kerana sebelum ini saraan keluarga dikongsi bersama tetapi jika berlakunya musibah pendapatan suami atau isteri akan terhenti serta merta lebih merana lagi jika si suami sahaja yang menyara keluarga.

Oleh sebab itu peserta disarankan untuk mendapatkan perlindungan pendapatan sekurang-kurangnya tiga tahun pendapatan dengan caruman yang rendah. Contohnya peserta memperolehi pendapatan sebanyak RM50,000 setahun. Tiga tahun pendapatan adalah sebanyak RM150,000.

#7 Tabung pembiayaan perumahan

Tabung ini memberi perlindungan kepada peserta jika berlakunya musibah kepada pembayar dengan membantu membiayai baki hutang perumahan. Tabung pembiayan perumahan mempunyai dua jenis iaitu MRTA dan MLTA. Perbezaan keduanya ialah MRTA hanya membiayai baki hutang perumahan manakala MLTA membayar harga asal rumah, contohnya rumah peserta berharga RM300,000 MLTA akan membayar baki kepada waris sebanyak RM300,000 juga.

Tujuh tip diatas diharap dapat membantu anda dalam merancang kewangan anda dalam masa yang sama mendapat perlindungan. Disamping itu peserta juga dapat menikmati potongan cukai pendapatan bagi takaful dan KWSP maksima sebanyak RM6,000 manakala bagi takaful pendidikan layak menerima potongan maksima sebanyak RM3,000.

Akhir sekali tepuk dada tanya iman dalam memilih pelan yang sesuai dengan anda.

[Berita 070314] Takaful IKHLAS dinamakan sebagai Best Takaful House 2014 oleh Euromoney

Standard

Takaful IKHLAS dinamakan sebagai Best Takaful House oleh Euromoney
7 Mar 2014

London/ Kuala Lumpur 7 Mac 2014:

Takaful IKHLAS dinamakan sebagai “Best Takaful House” atau "Penyedia Takaful Terbaik" dalam Anugerah Kewangan Islam 2014 oleh majalah kewangan antarabangsa yang terkemuka,  Euromoney. Acara pengiktirafan itu diadakan semasa majlis makan malam gala bertempat di London pada 11 Februari.

Editor Euromoney, Clive Horwood menjelaskan bagaimana Takaful IKHLAS layak mendapat penganugerahan itu: “Takaful IKHLAS menunjukkan daya profesionalisme yang biasanya diamalkan dalam bidang ini Malaysia. Ia tidak begitu berkaitan dengan skala institusi ini - walaupun ia mengutip perolehan sumbangan sebanyak RM 747 juta bagi tahun kewangan berakhir Mac 2013, serta sejumlah 1.8 juta individu syarikat yang menerima khidmatnya melalui 5,000 orang yang menjadi saluran pengedaran, adalah mengagumkan - sama seperti komitmennya bagi terus mempertingkatkan syarikat dan memperbetulkan serta mencuba perkara-perkara baru. Institusi ini, dan negara Malaysia juga, sekali lagi berada pada kedudukan kepimpinan dalam mengemudi kewangan Islam.

"Anugerah ini adalah pengiktirafan penting kepada kami atas usaha kami dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang inovatif berlandaskan prinsip dan nilai-nilai Islam. Pengiktirafan ini juga merupakan hasil kerja keras dan dedikasi yang diberikan oleh semua pihak di dalam syarikat sepanjang tahun 2013 di mana kami berjaya mencapai banyak kejayaan. Kami akan terus berusaha dengan gigih bagi menawarkan lebih banyak produk yang inovatif dan relevan, sekaligus memberikan pengalaman yang positif kepada setiap pelanggan. Usaha kami bagi mempromosikan dan menggalakkan Muamalat Islam akan menjadi antara agenda utama yang kami rancangkan yang melambangkan nilai dan amalan Syarikat," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Hj Ab Latiff bin Hj Abu Bakar.

Nota kepada Editor:

Mengenai Euromoney
Euromoney Magazine adalah jenama utama bagi syarikat komunikasi kewangan yang berpangkalan di London, Euromoney Institutional Investor PLC. Euromoney Magazine yang diasaskan pada 1969 oleh Sir Patrick Sergeant, merupakan suara bagi pasaran modal antarabangsa dan selama lebih 40 tahun, menawarkan liputan yang tidak ada tandingannya mengenai bon global, ekuiti dan pasaran tukaran asing. Euromoney Institutional Investor PLC adalah sebahagian dari indeks iFTSE-250 dan tersenarai di Bursa Saham London dan Luxembourg.

Mengenai Takaful IKHLAS
Takaful IKHLAS memulakan operasinya pada Julai 2003 dan merupakan syarikat subsidiari milik penuh MNRB Holdings Berhad, yang tersenarai dalam Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad dan pelbagai skim Amanah Saham PNB.

Takaful IKHLAS mempunyai pusat perkhidmatan pelanggan di Ibu Pejabat Korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur dan pejabat wilayah di Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Perak, Terengganu, Putrajaya dan Negeri Sembilan

Pada masa ini, Takaful IKHLAS merekodkan lebih 1.8 juta pemegang sijil (polisi) berdaftar dan lebih 5,000 ejen.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Mr. William Powell                                                              
Deputy Publisher                                                     
Euromoney Magazine
wpowell@euromoney.com  

Puan Rozieana Jamaluddin
Ketua Pemasaran dan Komunikasi Korporat
Takaful Ikhlas Sdn Bhd
tel :  03-2723 9938  / 012-207 0698 atau faks : 03-27119997

[Berita 070314] Takaful Ikhlas sasar 2 juta pemegang polisi

Standard
http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140308/ko_03/Takaful-Ikhlas-sasar-2-juta-pemegang-polisi#ixzz2vU5v8LKN

Oleh Nur Hanani azman
ekonomi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Mac. - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas), unit kepada MNRB Holdings Bhd., berhasrat untuk meningkatkan jumlah pemegang polisi berdaftar kepada 2 juta menjelang akhir 2014 berbanding 1.8 juta pada tahun lepas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab. Latiff Abu Bakar berkata, unjuran itu sekali gus akan menjadi pemacu kepada pertumbuhan perolehan sumbangannya untuk melepasi RM747 juta dicatatkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013.

Katanya, antara produk Takaful Ikhlas yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan individu dan syarikat menerima khidmatnya adalah di bawah kategori Takaful Am dan Takaful Keluarga.

Ujarnya lagi, pengenalan produk baharu berkaitan Takaful Medical Rider dijangka dilancarkan pada suku kedua 2014 bakal memberikan satu kelainan kerana sebelum ini ia berkaitan pelaburan sahaja.

"Takaful Ikhlas sehingga kini menguasai 12 peratus kepentingan pasaran akan berusaha lebih aktif untuk mengukuhkan lagi program-program sedia ada dalam meningkatkan lagi penguasaan pasaran.

"Kami berharap dengan meningkatnya penguasaan pasaran kami, ia akan berupaya membawa kepada keputusan kewangan lebih baik bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 yang akan diumumkan tidak lama lagi," katanya dalam majlis penyampaian Anugerah Euromoney Islamic Finance Awards 2014 di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Serantau Asia Euromoney, Marcus H. Langston.

Takaful Ikhlas baru-baru ini dinobatkan sebagai Penyedia Takaful Terbaik dalam Anugerah Kewangan Islam oleh majalah kewangan antarabangsa, Euromoney.

Ab. Latiff ketika diminta memberi reaksi terhadap anugerah itu berkata, ia adalah pengiktirafan penting kepada pihaknya atas usaha mereka dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang inovatif berlandaskan prinsip dan nilai Islam.

"Kami akan terus berusaha dengan gigih bagi menawarkan lebih banyak produk inovatif dan relevan sekaligus memberikan pengalaman positif kepada setiap pelanggan.

"Usaha kami bagi mempromosikan serta menggalakkan Muamalat Islam akan menjadi antara agenda utama yang melambangkan nilai dan amalan syarikat," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140308/ko_03/Takaful-Ikhlas-sasar-2-juta-pemegang-polisi#ixzz2vU5v8LKN
© Utusan Melayu (M) Bhd

AMARAN Mengenai RIBA dalam AL-QURAN , HADITH dan Kitab-kitab Ulama Mahsyur.

Standard

Hindarilah riba,kerana ia bukan membawa kepada keuntungan tetapi membawa kepada kebencanaan..

Firman Allah S.W.T : "Hai orang-orang yang beriman,janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu memperoleh keuntungan". [Surah Al-Imran 130]

Firman Allah S.W.T : "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman" [Surah Al-Baqarah : 278]

Firman Allah S.W.T : "Dan sesuatu tiba yang kamu lakukan agar menambah harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredhaan Allah, maka orang-orang ( yang berbuat demikian itulah orang-orang yang melipatgandakan pahalanya) ." [Surah Ar-Rum : 39]

Firman Allah S.W.T : “Orang-orang yang mengambil riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan lantaran penyakit gila keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka Berkata, “Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba,” padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti dari mengambil riba, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu sebelum datang larangan; dan urusannya terserah kepada Allah. Orang yang kembali mengambil riba, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka. mereka kekal di dalamnya”. [Surah Al-Baqarah 275].

Firman Allah S.W.T : Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba yang belum dipungut jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan meninggalkan sisa riba, maka ketahuilah, bahwa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat dari pengambilan riba, maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya”. [Surah Al-Baqarah 279].

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasullullah SAW bersabda: "Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba." [Hadith Riwayat Muslim]

Rasulullah S.A.W bersabda : "Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba." Lalu ada yang bertanya. " Apakah semua manusia wahai Rasullullah ?." Sabdanya. " Orang yang tidak memakannya namun terkena debunya." [Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah]

Rasulullah S.A.W bersabda : Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan..Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan kerana takut dan menuduh perempuan yang suci dengan zina tanpa saksi adil. “ [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.]

Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah melaknat pemakan riba, pembayarnya, penulisnya dan dua orang saksinya ." [Riwayat Daraqutni daripada Abdullah bin Handullah]

Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud : "Satu dirham riba dosanya lebih berat daripada dosa orang berzina tiga puluh enam kali ." [Hadith Riwayat Muslim]

Dari Ubadah bin Sha’id, daripada Nabi S.A.W, sabdanya : " Emas dengan emas, perak dengan perak, beras dengan beras, gandum dengan gandum, kurma dengan kurma dan garam dengan garam, kalau sama macamnya dan sama bentuknya ( adalah ) riba. Tapi bila berlainan jenisnya maka lakukanlah jual beli jika kamu menghendakinya selama dengan tunai ."

[Hadith Riwayat Muslim]

Umar bin Al-Ahwash daripada bapanya meriwayatkan, katanya : " Saya mendengar Rasullullah SAW berpidato pada Haji Wada’ : " Wahai manusia..sesungguhnya darah kamu, harta kamu dan kehormatan kamu haram atas kamu seperti haramnya hari kamu ini di kota kamu ini. Ketahuilah bahawa setiap riba daripada riba Jahiliyah dilarang bagi kamu. Kamu hanya berhak atas modal kamu. Kamu tidak boleh menganiaya dan tidak boleh dianiaya ." [Hadith Riwayat Muslim]

Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud “Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya”. [Hadith Riwayat Ibnu Majah]

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata : “Telah ku buka lembaran-lembaran Kitab Allah SWT dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya” [Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 ]

Berkatalah Abu Hanifah rh pula : “Riba,inilah ayat didalam Al-Quran yang paling menakutkan.” [Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73]

Ibn Abbas r.a berkata : “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : "ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya" [Jami Al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366]

Berkata Imam Qatadah rh : “ Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada” [At-Tabari, 3/72]

Berkata Ibnu Abbas r.a : “ Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya.” [Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224]

Imam An-Nawawi rh berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar." [Rujuk Al-Majmu’, 9/391]