Mengapa Kita Perlu Melabur?

Standard

Cuba anda renungkan sebentar...

Anda ada Tanggungan Hutang Rumah, Kereta, Kadkredit, Pinjaman peribadi/pendidikan dan sebagainya.

Bagaimana jika ...
  • anda ditimpa musibah (meninggal dunia atau kecacatan kekal)?
  • pasangan anda ditimpa musibah?
  • satu-satunya harapan kewangan ahli keluarga anda ditimpa musibah?
Apakah perancangan PERSARAAN anda?
Adakah anda memiliki sumber kewangan yang mencukupi untuk bersara?

Adakah keluarga/tanggungan anda dapat meneruskan hidup dengan sumber kewangan yang tidak menentu?

Anda perlu merancang Pelan Kewangan Anda mulai sekarang.


Mengapa Kita Perlu Melabur dalam Takaful?
  • Ia mematuhi Syariah
  • Pembayaran dijamin kepada tanggungan anda
  • Kadar pulangan paling tinggi untuk membina harta
  • Menggunakan wang lebihan (surplus) - tiada tambahan kepada perbelanjaan
  • Ketenangan minda
  • Menjamin supaya perancangan kewangan anda mengambilkira semua risiko
  • Dana kewangan disediakan
  • Tiada kompromi dalam gaya hidup anda
  • Keselamatan (keyakinan untuk menghadapi masa depan)
  • Tiada kecairan atau likuidasi harta
  • Keluarga terus hidup bersama jika ibu/bapa ditimpa musibah
  • Berdikari - tidak perlu bergantung atau mengharapkan pihak lain.

Hubungi saya untuk penerangan lanjut.

[Fatwa] Hukum Pelaburan Internet Dan Skim Cepat Kaya

Standard

Tarikh Keputusan:
30 Apr, 2007
Keputusan:

Pada 30 April 2007, setelah meneliti dan membahaskan secara teliti mengenai Hukum Pelaburan Internet, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:

1. Akad melalui internet adalah sah sekiranya menepati syarat-syarat jual beli dan pelaburan yang ditetapkan oleh Islam

2. Sebarang pelaburan melalui internet yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah haram, ciri-cirinya adalah:
  • Menetapkan kadar peratusan pulangan
  • Menjamin modal dari sebarang kerugian adalah tidak sah akadnya dan semua pulangannya adalah riba" yang haram Justeru, semua jenis pelaburan yang mempunyai ciri yang disebutkan diatas sama ada melalui internet atau tidak, adalah diharamkan oleh Islam atas sebab-sebab riba' dan gharar 
3. Beberapa contoh jenis pelaburan ini adalah ABB Fund, Winli Fund, Dana Futures, Arabic Fund, Buy Ebarrel, dan lain-lain yang sepertinya.
   
4. Mesyuarat menasihatkan orang Islam agar merujuk kepada Jabatan Pasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti bagi mendapatkan senarai pelaburan Islam yang halal

Mesyuarat turut membuat keputusan bahawa sebarang skim yang menawarkan pulangan mudah tanpa sebarang usaha atau cepat kaya adalah haram. Antara ciri-ciri mengenalpasti skim ini adalah:
  • Menawarkan pulangan tertentu dan tetap dalam masa tertentu tanpa melakukan sebarang kerja yang setimpal
  • Tiada penjualan barang yang sebenar
  • Mempromosikan komisyen dan sistem kaki lebih utama dari menjual produk sebenar
Sumber Asal http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-pelaburan-internet-dan-skim-cepat-kaya-0

[Fatwa] Hukum Ke Atas Produk Investment Link Menurut Islam

Standard
 

 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 telah membincangkan Hukum Ke Atas Produk Investment Link Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa umat Islam hari ini mempunyai banyak alternatif untuk membeli atau melabur dalam produk-produk insurans yang berlandaskan syariah.

Oleh itu, pembelian produk-produk Investment Link yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans konvensional yang menggabungkan insurans konvensional dan pelaburan saham amanah dalam dana-dana yang tidak menepati syarak perlu dielakkan oleh umat Islam.


Keterangan/Hujah:

LATAR BELAKANG

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menerima pertanyaan daripada orang ramai berhubung dengan hukum penyertaan dalam produk Investment Link yang ditawarkan oleh syarikat insurans konvensional di negara ini. Isu ini juga timbul di Muzakarah Ahli-Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan di Malaysia yang diadakan di Hotel Pan Pacific KLIA Sepang.

Investment Link (produk yang berkaitan dengan pelaburan) ialah program tabungan berasaskan pelaburan saham secara berkelompok yang pemilikannya dikira mengikut jumlah unit seperti saham amanah dan digabungkan pula dengan manfaat insurans nyawa (life insurance). Dengan kata lain, wang caruman insurans (premium) dilabur untuk memperoleh keuntungan dan pada masa yang sama peserta turut mendapat jaminan perlindungan melalui produk insurans nyawa, jika ditakdirkan sesuatu musibah menimpa peserta atau pemiliknya.

Maklumat berkaitan produk Investment Link adalah seperti berikut:

a. Faedah utama produk : antara faedah utama ialah perlindungan kewangan akibat kematian dan keilatan kekal. Peluang-peluang pelaburan. Fleksibel dalam memilih perlindungan yang dikehendaki.

b. Syarikat-syarikat yang menawarkan produk: Di Malaysia, Syarikat Takaful Malaysia Berhad dan Maybank Takaful menawarkan produk Investment Link yang mematuhi syariah. Syarikat-syarikat ini melabur dalam sekuriti lulus syariah dan menawarkan perlindungan takaful. Syarikat-syarikat insurans konvensional yang menawarkan produk ini ialah AM-Assurancelink, AIA Co. Ltd dan Great Eastern Life Assurance (M) Bhd.

 HUJAH DAN DALIL

Isu syariah yang timbul dalam Investment Link ialah sebahagian wang caruman (premium) peserta digunakan untuk membeli polisi insurans konvensional dan sebahagian yang lain dilabur dalam pelaburan saham amanah Islam. Dalam erti kata lain peserta mencarum misalnya RM100 sebulan, sejumlah RM55 digunakan untuk caruman polisi insurans konvensional manakala baki RM45 digunakan untuk melabur dalam saham amanah Islam. Oleh yang demikian, penentuan hukum berdasarkan prinsip-prinsip syariah dan keputusan fatwa yang telah ditetapkan seperti berikut:

a. Keputusan Fatwa

Keputusan fatwa berkaitan insurans (konvensional) telah diputuskan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bertarikh 15-16 Februari 1979. Keputusan fatwa tersebut ialah:

Insurans nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu matlamat yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu: mengandungi gharar (ketidaktentuan); mengandungi unsur judi; mengandungi muamalah riba.

Berdasarkan keputusan fatwa ini, kontrak insurans yang wujud pada hari ini adalah haram hukumnya. Sehubungan itu, perlindungan insurans konvensional yang digabungkan dalam produk Investment Link adalah bercanggah dengan hukum syarak.

b. Suruhanjaya Sekuriti

Peraturan Suruhanjaya Sekuriti menyatakan mana-mana syarikat yang ingin melaburkan wang saham amanahnya dalam sekuriti lulus syariah hendaklah melantik Jawatankuasa Syariah bagi mengawasi dan memastikan pelaburannya berlandaskan prinsip syariah.

Dalam konteks ini Takaful Malaysia dan Maybank Takaful mempunyai Jawatankuasa Penasihat Syariah masing-masing bagi memantau pelaburan yang dibuat manakala syarikat insurans konvensional pula tidak menubuhkan Jawatankuasa Syariah kerana Akta Insurans 1993 tidak mengkehendaki berbuat demikian. Walaupun syarikat ini mendakwa pelaburan Investment Link mereka adalah lulus syariah dan merujuk kepada Jawatankuasa Syariah syarikat atau bank lain, tetapi disebabkan ketiadaan Jawatankuasa Syariah dalaman di peringkat organisasi sebagaimana yang disyaratkan oleh Guideline On Unit Trusts menyebabkan dakwaan ini sukar diterima.

Terkini: Takaful Ikhlas juga menyediakan Produk Investment-Link berasaskan Syariah


[Fatwa] Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi

Standard

 

Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

i. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
    
ii. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.

iii. Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.

iv. Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.

Sumber Asal: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/status-pampasan-polisi-insurans-konvensional-selepas-kematian-pembeli-polisi

Babi, Riba dan Orang Kita : Halal Bukan Sekadar Dalam Makanan

Standard

Orang kita sangat sensitif dengan babi. Apa jua yang berkaitan dengan babi pasti akan ditolak serta ditentang bermati-matian. Apa sahaja makanan yang disyaki punyai lemak babi atau DNA babi ini, pasti akan diboikot habis-habisan walaupun ia cuma sekadar khabar angin serta tiada bukti umum.

Jika anda masih ingat, penjualan ubat gigi jenama terkenal jatuh merudum gara-gara tersebarnya khabar angin palsu bahawa ia mengandungi tulang babi.

Ini menunjukkan betapa berhati-hatinya sikap orang Melayu-Muslim di Malaysia berkenaan dengan halal haram dalam makanan. Ia merupakan satu sikap yang terpuji dan selaras dengan kehendak syariat Islam dan disenangi Rasulullah SAW.

Namun begitu dalam tidak sedar, ada sesuatu yang “haram” yang amat dekat dengan kita tetapi langsung tidak dipandang serius walaupun ia lebih haram dan lebih membawa mudharat daripada babi.

Ianya adalah riba!

Ya, riba. Riba lebih besar haramnya di sisi Islam dan lebih besar mudharatnya di sisi masyarakat Islam.

Sebesar-besar dosa makan babi, besar lagi dosa riba. Dosa riba bersamaan dengan mengangkat senjata memerangi Allah.

Ia termaktub di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 275,

    “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”

Sebesar-besar dosa makan babi, masih tidak disebut oleh Allah SWT sebagai berperang dengan-Nya. Malah Imam Abu Hanifah, pengasas Mazhab Hanafi pernah menyebut dalam mentafsirkan ayat 275 surah al-Baqarah ini sebagai ‘inilah antara ayat al-Quran yang paling menakutkan’.

Dalam satu lagi hadith pula, Rasulullah SAW menegaskan bahawa “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya, lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali.” (Musnad Ahmad , 2/225; Ad-Dar Qutni, hlm 295; Albani mengatakan sahih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadis Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103)

Tidak cukup itu, memakan riba dibariskan bersama 7 dosa besar di sisi islam iaitu syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil). Ia berpandukan daripada satu hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim.

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk memandang remeh berkenaan dengan isu babi di dalam makanan, tetapi ia sebagai satu peringatan khas agar kita semua membuka mata lebih luas untuk melihat satu perkara yang lebih besar daripada itu tetapi dekat amat dengan kita.

Antara komen segelintir masyarakat apabila berdepan dengan isu babi dan riba.

    Babi – “tidak boleh, haram, jijik, mencabar sesitiviti umat Islam!”

    Riba – “hmmm, sikit sahaja, tidak mengapa, orang tidak perasan pun, sama sahaja konvensional dengan Islamik, sama sahaja insurans dengan takaful.”


Walhal sebenarnya, dosa makan riba jauh lebih besar dari dosa makan babi.

Jika kita jijik melihat babi serta sebarang perkara dikaitkan dengan babi, samalah juga hendaknya apabila kita semua melihat perkara dalam keadaan riba dan melibatkan sebarang elemen riba.

    Lihat di dalam dompet kita;
    Adakah terdapat kad ATM perbankan konvensional?
    Wujudkah kad kredit bank konvensional?


    Lihat pula pinjaman perumahan dan kenderaan yang kita lakukan;
    Adakah ia dibuat dengan perbankan konvensional?

    Kemudian lihat pula polisi insurans yang kita ambil;
    Adakah ia daripada syarikat insurans konvensional?

Jika masih menggunakan item-item di atas, ketahui bahawa ia adalah riba dan berurusan dengannya sama dengan berperang dengan Allah, 36 kali berzina dan sebahagian daripada 7 dosa besar.

Jadi apa yang perlu dilakukan sekarang?

Yang perlu dilakukan sekarang tidak lain tidak bukan ialah hijrah!

Ya, hijrah dan berubah sekarang sebelum ajal menemui kita dan bertaubat serta menyesali dosa-dosa riba yang pernah kita terlibat selama ini. Mudah mudahan Allah mengampunkan dosa-dosa sebelum ini.

Di Malaysia, terdapat lebih 30 institusi perbankan Islam dan takaful di Malaysia hari ini. Jadi tidak ada lagi alasan untuk kita memilih perbankan konvensional dan insurans riba.

Ubah sekarang sebelum terlambat!

Baca selanjutnya http://www.majalahniaga.com/babi-riba-dan-orang-kita-halal-bukan-sekadar-dalam-makanan.html



Ikhlas Takaful Wanita - Penghargaan Untuk Wanita

Standard
Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita disepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami, di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.

Dalam kehidupan dunia hari ini yang sukar diduga, adalah penting untuk merancang masa depan agar ia lebih terjamin. IKHLAS Wanita Takaful telah dirangka buat wanita yang berumur di antara 16-50 tahun dengan 6 pelan berbeza agar dapat disesuaikan dengan keperluan hidup yang berbeza.

APA YANG DILINDUNGI IKHLAS WANITA TAKAFUL?

1. Perlindungan terhadap Penyakit Kanser Khusus dan Penyakit Wanita yang lain
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’.)
Memandangkan wanita lebih banyak menanggung komplikasi yang berbeza berbanding kaum lelaki, sebuah pakej yang menyeluruh diperlukan bagi disesuaikan dengan minat serta gaya hidup mereka. Pelan ini melindungi peserta daripada Kanser Khusus buah dada, serviks uterus, uterus, ovari, tiub fallopio, vagina dan vulva. Penyakit wanita yang lain merangkumi SLE (Systemic Lupus Erythematous) dengan Lupus Nefritis, Artritis Reumatoid (dengan komplikasi), Pembedahan Pembentukan Semula Muka (atas sebab-sebab kemalangan), Pengrafan Kulit (disebabkan lecuran & kanser kulit), Karsinoma-in-situ Wanita dan Surgeri Pembentukan Semula Buah Dada (atas sebab-sebab kemalangan).

Rujuk Jadual Perlindungan Wanita

2. Faedah Kematian & Keilatan Kekal Menyeluruh (TPD) 
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’.)
Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta yang merangkumi terma yang terdapat dalam sijil, Jumlah Perlindungan (SC) campur amaun terkumpul dalam PIA (Akaun Pelaburan Peribadi) akan dibayar kepada peserta atau keluarga terdekat. * Jika TPD terjadi sebelum peserta mencapai umur 60 tahun, 100% daripada baki had sepanjang hayat pada waktu itu, campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada peserta.

*Semua faedah lain akan terhenti

MENGAPA IKHLAS WANITA TAKAFUL?

1. Pengeluaran Tunai
Pengeluaran sebahagian daripada tunai daripada PIA adalah dibenarkan selepas sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum lima (5) tahun. Pengeluaran yang seterusnya mestilah mempunyai jarak tempoh minimum dua (2) tahun antara pengeluaran. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan di sepanjang hayat sijil, di mana yuran urusniaga sebanyak RM15.00 akan dicaj daripada PIA untuk setiap urusniaga.

2. Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari yang pertama sijil berkuatkuasa. Amaun penambahan adalah tertakluk kepada minimum RM50 untuk setiap penambahan. Amaun penambahan ini akan diperuntukkan sepenuhnya ke Akaun Pelaburan Peribadi.

3. Faedah Hayat
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’.)
Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat awal akan dibayar kepada peserta, jika berlakunya perkahwinan, kelahiran anak, dibuang kerja serta kematian suami, tertakluk kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang hayat setiap sijil.

Rujuk Jadual Feadah Hayat

4. Faedah Kehamilan*
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru’.)
Dengan Faedah Kehamilan, suatu peratusan daripada had sepanjang hayat (tertakluk kepada satu (1) tahun tempoh menunggu) akan dibayar jika peserta mengalami apa-apa komplikasi kehamilan dan/atau anak peserta mengalami apa-apa penyakit kongental bayi.

* dengan pelan A dan B sahaja.

Rujuk Jadual Feadah kehamilan

5. Faedah Matang
(Manfaat Takaful ini tidak dijamin.)
Faedah matang adalah jumlah sumbangan terkumpul (setelah ditolak semua caj-caj) di dalam PIA, dibayar apabila mencapai tarikh matang seperti yang dipersetujui oleh peserta.

6. Had Umur dan Penyertaan
Umur Penyertaan
16 tahun - 50 tahun, umur pada hari jadi berikutnya, wanita.

Had Penyertaan   
-Pelan A & C - RM50,000.00 Had Seumur Hidup.
-Pelan B & D - RM100,000.00 Had Seumur Hidup.
-Pelan E & F - RM25,000.00 Had Seumur Hidup.

Umur Tamat Tempoh Penyertaan
Pilihan untuk menamatkan penyertaan pada umur 50, 55, 60 dan 65 tahun.

Tempoh Perlindungan: 15 - 49 tahun.