[Artikel] Apa itu Takaful?

Standard
 Perlukah kita menyertai perlindungan kewangan Takaful? 


Perbezaan Takaful vs Insuran Konvensional 

Secara amnya perlindungan Takaful adalah skim perlindungan kewangan secara Islam iaitu merupakan satu kaedah persiapan atau ikhtiar/usaha untuk menghadapi atau melindungi sebarang ketidak pastian yang mungkin berlaku ke atas diri sendiri, ahli keluarga atau harta benda daripada sebarang musibah atau malapetaka pada masa akan datang. Selagi manusia terdedah terhadap ketidak pastian dan risiko selagi itulah perlindungan kewangan Takaful itu amat diperlukan sebagai satu ikhtiar/usaha terlebih dahulu sebelum seseorang itu bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Persiapan untuk mengharungi sebarang ketidak pastian atau ujian-ujian dari Allah s.w.t. contohnya seperti kematian, hilang-upaya kekal, penyakit kritikal, kemalangan dan sebagainya, bukanlah satu usaha yang ingin melawan takdir Allah s.w.t. yang diperkatakan oleh segelintir ahli masyarakat. Ini merupakan satu pandangan yang dangkal dari orang-orang yang jahil tentang agama Islam. Dalil yang mewajibkan seseorang itu mesti berusaha terlebih dahulu sebelum bertawakkal kepada Allah semata-mata adalah seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. terhadap seorang arab badwi yang meninggalkan untanya tanpa diikat tali terlebih dahulu dan lalu berserah kepada Allah s.w.t. semata-mata, yang bermaksud:

"Ikatlah tali unta kamu dahulu dan kemudian barulah berserah kepada Allah s.w.t." (Riwayat: At-Turmuzi)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)

Dalam satu hadis lain Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggung-jawab dan setiap daripada kamu bertanggung-jawab terhadap mereka dibawah tanggungan kamu.” (Riwayat: Bukhari dan Muslim)Al Baqarah: 208

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya..." (Al Baqarah: 208)Al An'aam: 162

"...Katakanlah: Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam,..." (Al An'aam: 162)

APA ITU TAKAFUL?

Makna Takaful

Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.

Bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapa pun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".

Tujuan Takaful

Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta memperolehi manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.

Menjaga kebajikan sosial
Mewujudkan keharmonian sosial

Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana, "The fortune many compensate the unfortunate few".

Ciri - Ciri Takaful

1. Tiada unsur riba'
2. Tiada unsur gharar (ketidakpastian)
3. Tiada unsur maisir (judi)
4. Ada tabarru' (derma ikhlas)
5. Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)
6. Akad yang dipersetujui.

Konsep Tabarru'

Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu.

Takaful Ikhlas berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.

Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri. Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jual beli seperti insurans.

Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.

Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.

Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.

Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Ikhlas bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.

Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')

Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.

Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.

Konsep Al Mudharabah

Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat.

Mudharabah bermaksud perkongsian keuntungan

Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang. Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat.

Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.

Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga. Mudharabah dibenarkan oleh agama.  


Dalam mudharabah - 
  • Nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan - bergantung kepada keuntungan. 
  • Pembahagian secara mudharabah lebih adil. 
  • Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat. 
  • Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.
Takaful - Perlindungan & Pelaburan yang berasaskan Hukum Syariah
  • Categories