[Berita 060713] Takaful Ikhlas lancar tiga produk ditambah baik - Investment & ChoicePlus

Standard
 

SEREMBAN 5 Julai - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) hari ini melancarkan tiga produk pelaburan dan perlindungan kesihatan yang ditambah baik iaitu Ikhlas Capital Investment-Linked Takaful Plus, Ikhlas Premier Investment-Linked Takaful Linked dan Ikhlas 'ChoicePlus' Individual Medical Rider.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Ab Latiff Abu Bakar berkata, untuk ketiga-tiga produk ini, Takaful Ikhlas telah mensasarkan perolehan sumbangan sebanyak RM20 juta setahun.

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai produk-produk ini, beliau berkata, Ikhlas Capital Investment-Linked Takaful Plus adalah pelan caruman pelaburan tunggal yang menyediakan peluang untuk pelanggan memaksimumkan pulangan pelaburan dan pada masa yang sama, menikmati perlindungan takaful.

"Selain produk Ikhlas Capital Investment-Linked Takaful Plus ini, Takaful Ikhlas juga memasarkan produk Ikhlas Investment-Linked Takaful Plus yang lain iaitu Ikhlas Premier Investment Takaful Plus.

"Produk pelaburan Ikhlas Premier Investment-Linked Takaful Plus ini dilengkapi dengan pelbagai rider dan manfaat. Salah satu daripada rider ini adalah Ikhlas Choice Plus Individual Medical Rider.

"Kami percaya ketiga-tiga produk ini bakal memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggan kami," katanya di sini.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Pejabat Wilayah Takaful Ikhlas Cawangan Seremban di Pusat Bandar Senawang dekat sini oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam dan Alam Sekitar negeri Abu Ubaidah Redza.

Turut hadir ialah Pengerusi Takaful Ikhlas Sharkawi Alis.

Katanya, Ikhlas 'ChoicePlus' Individual Medical Rider pula menawarkan tiga pilihan pelan berdasarkan jumlah caruman dan pelindungan yang berbeza iaitu Platinum, Gold dan Silver.

Ketiga-tiga pelan ini dicipta mengikut kemampuan pelanggan. - BERNAMA

  • Categories