[Berita 161112] Anggota polis perlu insurans peribadi

Standard

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat mewajibkan anggotanya dicarum dengan skim perlindungan insurans peribadi sebagai persediaan jika berlaku kejadian buruk termasuk di luar waktu bertugas.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, langkah itu merupakan pelengkap kepada insurans berkelompok yang diluluskan kerajaan pada Bajet 2013.

Menurut beliau, insurans peribadi penting memandangkan kemalangan semasa bertugas sehingga melibatkan kecederaan serius kerap berlaku.

"Kejadian pegawai atau anggota polis dirempuh semasa bertugas sering berlaku sejak akhir-akhir ini sehingga memberi kesan buruk kepada anggota tersebut.

"Kita tahu kerajaan menyediakan peruntukan perubatan (kepada polis) tetapi jika mereka sendiri mempunyai skim perlindungan diri peribadi ia lebih baik," katanya selepas melawat seorang anggota polis trafik yang menjadi mangsa kemalangan yang kini dirawat di Penang Adventist Hospital di sini semalam.

Dalam kejadian Isnin lepas, Lans Koperal Abu Talib Shariff parah dirempuh motosikal di Kilometer 127.6 menghala arah utara di Sungai Dua, Butterworth.

Mangsa ketika itu sedang mengeluarkan surat saman kepada seorang pemandu kereta yang tidak memakai tali pinggang keledar dan memandu melebihi had laju.

Dia tiba-tiba dirempuh seorang penunggang motosikal dan mengheretnya sejauh 30 meter sebelum tercampak ke lorong kecemasan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1116&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2jPf4rrAwt

Info menarik di blog 3dlm1.com


[Artikel] Apa itu Takaful?

Standard
 Perlukah kita menyertai perlindungan kewangan Takaful? 


Perbezaan Takaful vs Insuran Konvensional 

Secara amnya perlindungan Takaful adalah skim perlindungan kewangan secara Islam iaitu merupakan satu kaedah persiapan atau ikhtiar/usaha untuk menghadapi atau melindungi sebarang ketidak pastian yang mungkin berlaku ke atas diri sendiri, ahli keluarga atau harta benda daripada sebarang musibah atau malapetaka pada masa akan datang. Selagi manusia terdedah terhadap ketidak pastian dan risiko selagi itulah perlindungan kewangan Takaful itu amat diperlukan sebagai satu ikhtiar/usaha terlebih dahulu sebelum seseorang itu bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Persiapan untuk mengharungi sebarang ketidak pastian atau ujian-ujian dari Allah s.w.t. contohnya seperti kematian, hilang-upaya kekal, penyakit kritikal, kemalangan dan sebagainya, bukanlah satu usaha yang ingin melawan takdir Allah s.w.t. yang diperkatakan oleh segelintir ahli masyarakat. Ini merupakan satu pandangan yang dangkal dari orang-orang yang jahil tentang agama Islam. Dalil yang mewajibkan seseorang itu mesti berusaha terlebih dahulu sebelum bertawakkal kepada Allah semata-mata adalah seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. terhadap seorang arab badwi yang meninggalkan untanya tanpa diikat tali terlebih dahulu dan lalu berserah kepada Allah s.w.t. semata-mata, yang bermaksud:

"Ikatlah tali unta kamu dahulu dan kemudian barulah berserah kepada Allah s.w.t." (Riwayat: At-Turmuzi)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)

Dalam satu hadis lain Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggung-jawab dan setiap daripada kamu bertanggung-jawab terhadap mereka dibawah tanggungan kamu.” (Riwayat: Bukhari dan Muslim)Al Baqarah: 208

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya..." (Al Baqarah: 208)Al An'aam: 162

"...Katakanlah: Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam,..." (Al An'aam: 162)

APA ITU TAKAFUL?

Makna Takaful

Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.

Bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapa pun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".

Tujuan Takaful

Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta memperolehi manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.

Menjaga kebajikan sosial
Mewujudkan keharmonian sosial

Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana, "The fortune many compensate the unfortunate few".

Ciri - Ciri Takaful

1. Tiada unsur riba'
2. Tiada unsur gharar (ketidakpastian)
3. Tiada unsur maisir (judi)
4. Ada tabarru' (derma ikhlas)
5. Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)
6. Akad yang dipersetujui.

Konsep Tabarru'

Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu.

Takaful Ikhlas berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.

Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri. Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jual beli seperti insurans.

Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.

Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.

Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.

Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Ikhlas bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.

Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')

Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.

Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.

Konsep Al Mudharabah

Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat.

Mudharabah bermaksud perkongsian keuntungan

Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang. Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat.

Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.

Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bunga. Mudharabah dibenarkan oleh agama.  


Dalam mudharabah - 
  • Nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan - bergantung kepada keuntungan. 
  • Pembahagian secara mudharabah lebih adil. 
  • Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat. 
  • Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.
Takaful - Perlindungan & Pelaburan yang berasaskan Hukum Syariah

[Jakim] Menyertai Polisi Insurans Konvensional: Halal Atau Haram?

Standard


By: Abdul Muhaimin Mahmood

Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT.  [1] Rasulullah SAW bersabda;

    وعن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : ] طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم.[ [2]  رواه الطبراني في الأوسط وإسناده حسن
    Maksudnya: Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan).
    
Merujuk kepada persoalan hukum insurans konvensional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional.

Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah haram. Berikut dilampirkan keputusan-keputusan muzakarah berhubung insurans konvensional:

Hukum insurans nyawa.

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:

  •  Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
  •  Mengandungi unsur judi.
  •  Mengandungi muamalah riba.[3]

Hukum insurans am

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam.[4]

Hukum mempromosikan produk insurans konvensional.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah.

Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba.

Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.[5]

Selain dari status hukum isurans nyawa, insurans am dan hukum mempromosikan produk tersebut, muzakarah turut membincangkan tentang status pampasan polisi insurans konvensional selepas kematian pembeli polisi, pada muzakarah kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011..

Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
  • a. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.    
  • b. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.   
  • c. Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin. 
  • d. Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (c) di atas.
Berdasarkan keputusan-keputusan yang disebutkan di atas, jelas menerangkan tentang status hukum bagi insurans konvensional. Justeru, umat Islam sewajarnya meninggalkan produk-produk konvensional yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

Sebagai alternatif kepada produk-produk konvensional tersebut, umat Islam hendaklah mengambil produk-produk takaful yang patuh syariah yang menawarkan pelbagai jenis perlindungan secara Islam.

Dewasa ini tiada lagi alasan darurat yang mendesak umat Islam untuk tidak mengambil dan menggunakan produk-produk perlindungan berasaskan takaful yang patuh syariah. Bahkan menjadi kewajipan pada mereka untuk mendokong produk-produk berasaskan takaful, sebagai menggantikan produk-produk konvensional yang diharamkan dalam Islam.

Sekarang ini pengguna boleh memilih syarikat-syarikat pengendali takaful patuh syariah, yang telah diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini terdapat 12 syarikat pengendali takaful yang patuh syariah di Malaysia sebagimana dipaparkan dalam web BNM[6].

Sumber asal: http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/menyertai-polisi-insurans-konvensional-halal-atau-haram



[Fatwa] Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah

Standard

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah. Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba. Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.

Keterangan/Hujah:
  • Hukum terhadap insurans konvensional adalah jelas keharamannya mengikut kesepakatan para ulama’ kerana ia mempunyai elemen tidak patuh syariah iaitu riba, gharar dan maisir.
  • Keharaman muamalah riba tidak terhenti setakat amalan itu sahaja, bahkan Allah SWT telah mengisytiharkan perang kepada pemakan-pemakan harta riba. Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengemukakan pandangan bahawa bekerja di bank adalah dibenarkan selagi mana tidak berinteraksi secara terus dengan kontrak riba.
  • Para sarjana Islam semasa bersepakat mengatakan bahawa sebarang pekerjaan yang berurusan secara terus (direct) dengan kontrak riba adalah haram kerana termasuk dalam larangan Nabi SAW yang membawa kepada laknat. Ijtihad para sarjana Islam dalam menghukumkan keharaman pekerjaan yang bersangkutan dengan amalan riba contohnya di sektor ribawi adalah bertepatan dengan kaedah kulliyyah yang menyebut :
        " ما حرم أخذه حرم إعطأوه "
    Maksud: Sesuatu yang haram menerimanya juga diharamkan memberinya. 
  • Dalam erti kata lain, kaedah ini membawa maksud apa sahaja perkara haram diambil atau mengambilnya, haram juga hukumnya memberikan kepada orang lain. Illahnya ialah ia akan membantu atau menolong kepada perbuatan yang diharamkan.
  • Dalam kes mempromosi produk-produk insurans konvensional, para ejen sememangnya bertugas untuk memasarkan produk-produk konvensional yang telah diputuskan haram secara sepakat. Maka dengan sebab itu, hadith Nabi SAW yang jelas melarang umat Islam daripada terlibat dengan urusan dan perniagaan ribawi iaitu yang bermaksud:
    Rasulullah SAW melaknat pemakan riba, pemberi wakilnya, pencatatnya dan dua saksinya. Nabi SAW bersabda: Semuanya sama-sama dilaknat” adalah terpakai dalam konteks ini.

    Walau bagaimanapun, bagi pekerja-pekerja yang tidak berurusan secara langsung dengan kontrak dan perniagaan riba, mengikut pandangan beberapa ulama’ seperti yang disebut di atas, pekerja-pekerja tersebut tidaklah dihukum mengikut hadith Nabi ini.
  • Terdapat juga pandangan yang mengatakan selagi mana seseorang Muslim itu bekerja di bawah “bumbung” institusi yang mengamalkan sistem riba, pekerjaan mereka adalah ditegah kerana menyokong sistem yang dicela oleh Allah itu.
  • Sistem insurans berlandaskan syariah sedang pesat berkembang pada masa ini dan umat Islam yang bekerja dalam sektor insurans konvensional berlandaskan sistem yang ditegah oleh Islam wajar memilih sistem yang berlandaskan syariah.
  • Islam mengharamkan umatnya dari melibatkan diri dalam apa jua muamalah yang melibatkan riba kerana riba akan membawa kemusnahan kepada hidup manusia. Oleh itu tindakan mempromosikan atau mengajak orang lain menerima sesuatu yang berteraskan riba adalah jelas dilarang oleh Islam.
  • Mereka yang bekerja dalam mempromosikan skim insurans konvensional berlandaskan riba perlulah berusaha dan bertekad bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya dan dalam proses peralihan tersebut pendapatan yang diterima adalah halal dan dimaafkan oleh Islam.
Sumber asal: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-mempromosikan-produk-insurans-konvensional-menurut-perspektif-syariah

Simpanan di Bank/Tabung Haji atau Takaful?

Standard
 

Kini ramai ibubapa ada kesedaran dan mengambil berat akan masadepan anak-anak mereka terutama dari segi kos rawatan perubatan dan pendidikan sehingga ke peringkat universiti. Mereka mula menyimpan wang di bank atau tabung haji untuk anak-anak sejak mereka kecil lagi.

Ia merupakan satu tindakan yang bijak, yang penting bukan di bank konvensional. Pilihlah bank-bank Islam yang sekarang sudah banyak menjadi pilihan kita.

Tetapi tahukah anda; sekiranya berlaku kematian atau lumpuh atau anda tidak mampu bekerja lagi, adakah anda masih mampu meneruskan simpanan kewangan untuk anak-anak anda? Bagaimana jika mereka ditimpa musibah? Adakah anda mampu untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk anak-anak anda?


Kini dengan Plan Takaful Ikhlas, simpanan dan kos perubatan anda dilindungi melalui manafaat tambahan (Rider) berikut
  • IKHLAS  Payor Savings Takaful Rider Plus atau
  • IKHLAS  Waiver Of Contribution Takaful Rider Plus
Perlindungan kewangan yang menyeluruh untuk anda dan keluarga anda

RINGANKAN BEBANAN KEWANGAN KELUARGA ANDA

Seandainya musibah menimpa anda, bebanan kewangan anda tidak seharusnya ditanggung oleh keluarga anda.IKHLAS Payor Savings Takaful Rider Plus melindungi keluarga anda daripada bebanan bayaran pelan seandainya anda tidak mampu. Rider ini akan mengecualikan semua Sumbangan tidak tertunggak yang harus dibayar di bawah Sijil sekiranya anda ditimpa kemalangan seperti kematian, hilang upaya dan/atau disahkan menghidap penyakit kritikal sebelum tempoh matang Sijil. Pelan Takaful Rider ini hanya boleh disertakan dengan Pelan Asas.

APAKAH YANG DILINDUNGI OLEH IKHLAS PAYOR SAVINGS TAKAFUL RIDER PLUS?

Manfaat Kematian
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh tabung Dana Risiko & Dana Khas)
Sekiranya berlaku kematian yang diakibatkan oleh semua sebab, kepada Pembayar di dalam tempoh Sijil masih berkuatkuasa, semua Sumbangan yang perlu dibayar pada masa akan datang (termasuk manfaat sampingan yang disertakan) akan dikecualikan.

Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh tabung Dana Risiko & Dana Khas)
Sekiranya berlaku TPD yang diakibatkan oleh semua sebab, kepada Pembayar di dalam tempoh Sijil masih berkuatkuasa, semua Sumbangan yang perlu dibayar pada masa akan datang (termasuk manfaat sampingan yang disertakan) akan dikecualikan.

Manfaat Penyakit Kritikal
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh tabung Dana Risiko & Dana Khas)
Sekiranya Pembayar menghidap salah satu daripda penyakit kritikal (seperti dinyatakan di dalam Sijil) ketika Sijil masih lagi berkuatkuasa, semua Sumbangan yang perlu dibayar pada masa akan datang (termasuk manfaat sampingan yang disertakan) akan dikecualikan.

Penamatan Sijil (Manfaat ini tidak dijamin)
Apabila Sijil ditamatkan pada bila-bila masa dalam tempoh Sijil, baki di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar sekaligus kepada Pemilk Sijil atau Peserta atau keluarga terdekat.

MENGAPA IKHLAS PAYOR SAVINGS TAKAFUL RIDER PLUS?

IKHLAS Payor Savings Takaful Rider Plus direka khusus untuk memberi perlindungan kewangan sekiranya anda mengalami TPD atau disahkan menghidap mana-mana penyakit kritikal (seperti disenaraikan di dalam Sijil). Sebaik sahaja disahkan mengalami TPD, Jumlah

Perlindungan akan dibayar tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1. Definasi TPD adalah berdasarkan kepada “Pekerjaan Sendiri atau Pekerjaan yang Sesuai”.

2. Manfaat keilatan kekal akan dibayar setelah memenuhi syarat tempoh menunggu dan keilatan tersebut hendaklah berlaku sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

3. Penambahan kadar kematian dan/atau Sumbangan tambahan pekerjaan akan dikenakan ke atas profil Peserta dan definisi TPD. Sumbangan tambahan akan dikira sebagai factor pengganda kepada kadar bersih minimum. Tiada sebarang diskaun yang akan diberikan kerana kadar tersebut adalah kadar bersih minimum.

4. Tiada tunggakan Sumbangan.

5. Keadaan kesihatan sebelum menyertai Rider ini adalah dikecualikan daripada menerima faedah pelan.

BAGAIMANA CARANYA?

Anda sertakan Manafaat Tambahan (Rider) diatas bersama Pelan Takaful berikut

IKHLAS  Payor Savings Takaful Rider Plus bersama
  • Ikhlas Education Takaful dan/atau Ikhlas Saving Takaful Plus
  • SYARAT DAN HAD UMUR
    Umur Kemasukan:
    Peserta: 18 - 60 tahun, umur pada harijadi akan datang, lelaki/perempuan
    Pasangan:18 - 60 tahun, umur pada harijadi akan datang, lelaki/perempuan
    Anak: 30 hari - 18 tahun, umur pada harijadi akan datang, jika  mengikuti pendidikan sepenuh masa
    Umur Matang: Apabila anak yang mencapai umur 18 tahun (atau maksimum sehingga 23 tahun, tertakluk kepada anak masih lagi belajar sepenuh masa), atau apabila Peserta mencapai umur 65 tahun, yang mana lebih awal. Apabila pasangan yang dilindungi mencapai umur 65 tahun, atau apabila Peserta mencapai umur 65 tahun, yang mana lebih awal

IKHLAS  Waiver Of Contribution Takaful Rider Plus bersama
  • Ikhlas Individual Family Medical Takaful Rider (ChoicePlus)
  • SYARAT DAN HAD UMUR
    Umur Kemasukkan:18 - 60 tahun, umur pada harijadi akan datang, lelaki/perempuan.
    Umur Matang: Apabila Peserta mencapai 65 tahun, umur pada harijadi akan datang
    Tempoh Perlindungan: Minimum: 5 tahun dan Maksimum: 47 tahun, tertakluk kepada maksimum Pelan Asas

KESIMPULAN

Dengan Pelan Simpanan dan Pendidikan untuk anak-anak & tanggungan (peserta) berserta Rider Payor/Waiver diatas, sekiranya anda sebagai pembayar meninggal dunia atau lumpuh atau tidak mampu lagi berkerja akibat penyakit kritikal, simpanan pelaburan dan perlindungan anak-anak/tanggungan anda akan diteruskan (ditanggung oleh takaful) sehingga sijil matang. Untuk ChoicePlus @ Kad Perubatan, peserta hanya perlu bayar sebahagian dari caruman (tertakluk pada terma & syarat).

[Berita 041013] Takaful IKHLAS berlandaskan syariah sepenuhnya

Standard


by Agnes Tugong. Posted on October 4, 2013, Friday

KUCHING: Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) berjaya mengikis kesangsian masyarakat khasnya umat Islam terhadap polisi perlindungan insurans yang 100 peratus berlandaskan syariah.

Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata Takaful IKHLAS menawarkan produk takaful yang baik dari sudut menguruskan kewangan.

Contohnya, takaful pendidikan serta perubatan dan kesihatan yang mana dua perkara ini merupakan aspek penting kepada masa depan setiap individu tanpa mengira latar belakang dan usia.

“Sebagai sebuah syarikat perlindungan yang menawarkan produk 100 peratus berlandaskan syariah yang baharu berusia 10 tahun, saya berbangga melihat pencapaian syarikat mencatat perolehan yang amat baik pada tahun kewangan berakhir Mac 2013 lalu.

“Namun masih ramai lagi rakyat di negeri ini yang belum terdedah secara langsung dengan produk-produk yang 100 peratus berlandaskan syariah.

“Sehubungan itu langkah yang diambil oleh Takaful IKHLAS dengan perpindahan ke tapak perniagaan sendiri menunjukkan komitmen tinggi untuk memenuhi permintaan pasaran yang kian meningkat terhadap produk takaful,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Perasmian Premis Baharu Pejabat Takaful IKHLAS Wilayah Sarawak di Jalan Kulas, di Satok di sini semalam.

Mengulas mengenai pemilihan Satok sebagai lokasi bagi syarikat menempatkan pejabat baharunya, Abang Johari berkata pembangunan pesat Satok sebagai lokasi institusi kewangan sudah pasti menjadi kriteria dalam pembukaan pejabat baharu itu.

Bermula dengan Bank Negara serta pelbagai jenis institusi perbankan yang lain serta insurans takaful, Satok katanya sudah pasti menjadi lokasi tumpuan kepada kewujudan pelbagai bentuk syarikat termasuk perlindungan takaful.

Malah katanya, beberapa kawasan berdekatan seperti Matang, Batu Kawa, Stutong, Tabuan Jaya, Batu 10 sehingga ke Kota Samarahan dan Serian dijangka akan terus berkembang dengan populasi penduduk sekitar 800,000 orang menjelang tahun 2020.

Pertumbuhan pesat ini katanya, sudah pasti akan memberi impak positif kepada penyedia takaful seperti Takaful IKHLAS dalam menampung permintaan yang tinggi daripada pelanggan termasuk dalam bidang perkhidmatan, pelancongan, pembuatan dan sebagainya.

Dalam pada itu premis baharu yang terletak di Jalan Kulas, Satok itu merupakan cawangan keempat Takaful IKHLAS yang dibuka pada 2007 bagi menyediakan persekitaran yang lebih selesa kepada setiap kakitangan dan pelanggannya.

Takaful IKHLAS mempunyai 1.8 juta pemegang polisi berdaftar yang diselenggarakan oleh lebih 5,000 ejen dari seluruh Malaysia  yang memasarkan lebih 80 produk terdiri daripada pelbagai jenis produk takaful am dan takaful keluarga.

Mula beroperasi pada Julai 2003, Takaful IKHLAS merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dan pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad dan pelbagai skim unit Amanah Saham PNB.

Syarikat turut mempunyai pusat perkhidmatan pelanggan di pejabat korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur serta pejabat wilayah di Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Perak, Terengganu, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Sumber Berita : http://www.theborneopost.com/2013/10/04/takaful-ikhlas-berlandaskan-syariah-sepenuhnya


[Berita 181013] Takaful Ikhlas terima anugerah Pengendali takaful terbaik

Standard

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Jenama Takaful Ikhlas telah membuktikan kehebatannya apabila menerima pengiktirafan berprestij Pengendali Takaful Terbaik Malaysia 2013 bulan lepas, daripada Global Banking & Finance Review, iaitu sebuah portal dalam talian.

Anugerah itu diwujudkan bagi mengiktiraf syarikat daripada pelbagai saiz yang menonjol dalam bidang-bidang kepakaran dan kecemerlangan tertentu dalam seluruh komuniti perbankan dan kewangan global.

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. berkata, anugerah itu melambangkan inovasi, pencapaian, strategi, perubahan progresif dan inspirasi yang berlaku dalam sektor kewangan.

"Anugerah dan pengiktirafan ini menunjukkan produk-produk Takaful Ikhlas telah mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara," kata Naib Presiden Kanan, Ketua Agensi merangkap 'Officer in Charge' Takaful Ikhlas Sdn. Bhd., Wan Rosli Shaharuddin Wan Yaacob dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, syarikat yang memulakan operasi pada Julai 2003 dengan perolehan sumbangan kasar RM6.6 juta, kini telah memperoleh sumbangan kasar berjumlah sehingga RM747 juta pada suku kewangan akhir berakhir 31 Mac.

"Kejayaan Takaful Ikhlas dicapai dalam masa yang begitu singkat iaitu 10 tahun adalah sesuatu yang membanggakan. Kami berbangga dengan apa yang telah kami capai sejak sekian lama dan akan terus berusaha ke arah mencapai pertumbuhan lebih memberangsangkan," kata Wan Rosli. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20131018/ko_03/Takaful-Ikhlas-terima-anugerah-Pengendali-takaful-terbaik

© Utusan Melayu (M) Bhd

[Berita 050813] Takaful Ikhlas perkenal bankatakaful tahun depan

Standard

2013/08/05 - 06:25:02 AM Oleh Mohd Zaky Zainuddin
Sumber: www.bharian.com.my

Pemilihan syarikat perbankan dimuktamad Januari 2014

TakafuL Ikhlas Sdn Bhd akan memperkenalkan produk bankatakaful bermula tahun depan bagi mempelbagaikan tawaran produknya, sejajar dengan hasratnya meningkatkan perolehan syarikat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar, berkata kini syarikat sedang berunding dengan dua syarikat perbankan tempatan bagi mewujudkan perkhidmatan itu.

Katanya, keputusan pemilihan syarikat perbankan akan dimuktamadkan seawal Januari tahun depan, sebelum syarikat merangka produk bersesuaian untuk ditawarkan kepada pelanggan.

“Kami masih dalam rundingan dengan dua bank yang satu daripadanya akan menjadi rakan niaga kami dalam menyediakan produk bankatakaful,” katanya kepada BH.

Aset RM1.5 bilion

Setakat ini, Takaful Ikhlas yang juga anak syarikat MNRB Holdings Bhd (MNRB) dengan pemilikan aset keseluruhan RM1.5 bilion berada pada kedudukan keempat dari segi penguasaan pasaran dalam industri takaful di Malaysia.

Mengulas lanjut, Ab Latiff berkata, Takaful Ikhlas menjangkakan bankatakaful akan menjadi antara penyumbang utama kepada pertumbuhan pendapatan syarikat iaitu sekurang-kurangnya 40 hingga 45 peratus selepas setahun produk itu ditawarkan di pasaran.

“Kami akan memastikan produk bankatakaful nanti berlainan daripada apa yang ditawarkan agensi atau ejen bagi mengelakkan sebarang kesulitan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, syarikat menyasar meraih pendapatan premium insurans takaful RM800 juta bagi tahun kewangan semasa berakhir 31 Mac 2014.

Katanya, sasaran itu lebih tinggi akan dipacu sumbangan pendapatan sebanyak 60 peratus daripada takaful keluarga, manakala selebihnya daripada takaful am.

“Kami akan memperkasakan peranan agensi kami yang ketika ini sekitar 1,200 daripada 3,000 agensi bergerak secara aktif. Selain itu, Takaful Ikhlas juga akan merekrut agensi bukan Muslim bagi memanfaat pasaran berpotensi untuk syarikat berkembang,” katanya.

Perkenal 3 produk baru

Syarikat juga akan memperkenalkan tiga produk takaful baru tahun ini. Setakat ini, Takaful Ikhlas mempunyai 1.8 juta pemegang insurans persendirian dan mencatat RM690 juta pendapatan untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013.

Ab Latiff berkata, bermula tahun ini, syarikat akan memberi tumpuan kepada produk insurans berkelompok yang berpotensi menyokong pertumbuhan pendapatan syarikat pada masa akan datang.

“Bagi tahun kewangan semasa berakhir 31 Mac 2014, insurans kelompok syarikat dijangka menyumbang sekitar sembilan hingga 10 peratus kepada pendapatan berbanding kurang daripada RM30 juta tahun lalu,” katanya.

Penyakit Kritikal dan Rumah Kena Lelong walaupun pinjaman perumahan dilindungi.

Standard


Lihat senario berikut..

Umur anda 30 tahun. Anda buat pinjaman beli rumah sebanyak RM300,000 selama 30 tahun. Ini bermakna anda perlu bayar pinjaman perumahan setiap bulan rm1500 (anggaran) sehingga umur 60 tahun

Pinjaman perumahan anda dilindungi oleh insurans/takaful tetapi tahukah anda ia hanya untuk kes kematian atau lumpuh (TPD/Total Permanent Disability) akibat kemalangan? Bagaimana dengan penyakit kritikal seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, kanser, stroke dll?

Ditakdirkan Allah; pada umur anda 45 tahun, anda menghidap penyakit jantung (atau sebarang penyakit kritikal) dan pihak syarikat mendapati anda tidak mampu lagi bekerja dan diberhentikan dengan pampasan gaji 3 bulan.


Masuk bulan ke 4, Anda kini tiada lagi gaji bulanan untuk membayar pinjaman rumah sebanyak rm1500 sebulan. Anda buat pengeluaran KWSP sebanyak RM30,000 dari Akaun 2 (hanya 30% daripada wang KWSP anda) untuk mengurangkan pinjaman perumahan.

Dengan wang tersebut, anda hanya mampu bayar pinjaman perumahan selama 20 bulan atau 1 tahun 6 bulan. Tetapi tentu anda perlukan wang tersebut Rawatan Perubatan berterusan, untuk pembelian barang keperluan harian, bayaran hutang pinjaman kereta, bayaran bil-bil api, air, telefon dan sebagainya. Mungkin anda hanya mampu untuk bayar untuk tempoh 1 tahun sahaja atau kurang dari itu.

Ini bermakna, anda masih boleh bayar hutang pinjaman perumahan untuk tempoh 1-2 tahun sahaja. Pada umur 47 tahun, anda sudah tidak mampu lagi dan anda menerima notis dari pihak bank memberitahu rumah anda akan dilelong.

Apa perasan anda ketika itu?  
Dimanakah anda dan keluarga anda untuk tinggal?
Balik kampung? Tinggal dengan orang tua?

Tetapi anda masih perlukan Rawatan Perubatan berterusan untuk penyakit anda?

Anda sebenarnya perlukan perlindungan takaful untuk penyakit-penyakit kritikal walaupun anda sudah ada perlindungan insurans untuk pinjaman perumahan anda.

Bagaimana ia boleh membantu anda? Dengan plan Ikhlas Additional Critical Illness Takaful Rider Plus dari Takaful Ikhlas Sdn Bhd, anda akan menerima wang tunai mengikut jumlah perlindungan yang anda pilih.

Sebagai contoh, Jumlah perlindungan untuk penyakit kritikal adalah RM100,000 maka anda akan menerima jumlah tersebut sebaik sahaja anda disahkan menghidap penyakit kritikal tersebut.


Sekiranya anda memilih Ikhlas ChoicePlus Family Medical Takaful Rider iaitu kad perubatan gabungan Pelaburan, Perlindungan dan Perubatan berasaskan Syariah, anda masih boleh terus menerima rawatan perubatan di panel hospital tanpa bayaran tambahan.

Yang menariknya, sumbangan untuk pelaburan akan diteruskan oleh pihak takaful sehingga tempoh matang melalui perlindungan tambahan (Rider) Ikhlas Waiver of Contribution Takaful Rider Plus.

nota:  Penulis memohon maaf jika ada sebarang kesilapan info. Sila hubungi Agen Takaful Ikhlas untuk penerangan lanjut.

[Artikel Menarik]: Takaful dan Pelan Pelaburan

Standard
Oleh WAN JEMIZAN WAN DERAMAN

MANUSIA dan harta tidak boleh dipisahkan. Lantaran itu Islam mengiktiraf keperluan manusia kepada harta dan kerana itulah Islam menggariskan peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh manusia dalam interaksinya dengan harta agar ia menjadi wasilah untuk menikmati keselesaan hidup dan mencapai takwa.

Memiliki harta semata-mata tanpa ia diurus dan dibangunkan untuk kesejahteraan manusia sejagat adalah bertentangan dengan apa yang dituntut oleh Islam.

Islam menyuruh agar harta dikembang dan melarang membekukannya. Islam mengajar umatnya agar menjadikan setiap aktiviti yang dilaku kan diterima sebagai ibadah di sisi Allah. Justeru, bagi mencapai tujuan tersebut maka aktiviti pelaburan itu mestilah menepati hukum syarak yang berasaskan kepada al-Quran, al-sunnah, ijmak, qias dan itihad.

Firman Allah yang maksud-Nya: Hai orang - orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (an-Nisa': 26)

Dewasa ini, setiap individu mula memberikan keutamaan kepada aktiviti pelaburan sebagai satu cabang instrumen pendapatan di samping memenuhi keperluan masa hadapan. Malah masyarakat hari ini dihidangkan dengan pelbagai instrumen pelaburan sama ada instrumen yang sah mahupun yang tidak sah termasuklah pelbagai skim cepat kaya.

Memang tidak dinafikan, kini kesedaran di kalangan masyarakat untuk membuat pelaburan adalah sangat memberangsangkan. Namun, jangan kerana keghairahan tersebut menggelap kan mata untuk menilai instrumen pelaburan 'yang mana satu intan dan yang mana satu kaca, nanti dikemudian hari bukan laba yang diraih tetapi bala yang mendatang.

Justeru, setiap anggota masyarakat wajib memiliki ilmu-ilmu asas yang berkaitan dengan pelaburan sebelum membuat keputusan melabur.

Kini dengan pertumbuhan dan perkembangan pesat industri takaful, para pengendali takaful juga tidak ketinggalan menawarkan pelbagai produk yang inovatif yang dapat memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat.

Sebagai memenuhi keperluan tuntutan pelanggan yang bukan sahaja memerlukan perlindungan takaful tetapi pada masa yang sama ingin menikmati pulangan keuntungan daripada aktiviti pelaburan pengendali takaful khususnya Takaful Ikhlas menawarkan produk yang menggabungkan elemen perlindungan takaful dan elemen pelaburan yang dikenali sebagai Investment Linked.

Langganan ke atas produk berkaitan pelaburan ini dijangkakan akan terus meningkat selaras peningkatan pendapatan rakyat Malaysia.

Pelan Takaful Berkait Pelaburan ini adalah satu pelan tabungan jangka panjang yang berasaskan kepada kaedah pelaburan dalam sekelompok saham mengikut pecahan unit sama seperti saham amanah (unit trust) yang digabungkan dengan manfaat perlindungan takaful.

Perbezaan ketara kaedah pelaburan berkait takaful dengan instrumen pelaburan biasa adalah pada aspek perlindungan. Seseorang peserta bukan sahaja dapat menikmati pulangan keuntungan pelaburan malah dapat menikmati elemen perlindungan apabila seseorang peserta itu ditimpa risiko-risiko yang dilindungi di bawah pelan tersebut.

Untuk lebih jelas lagi, penulis mengambil contoh IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful dan IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas Sdn. Berhad.

IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful memberikan bakal pelabur ketenangan fikiran dengan perlindungan kewangan yang sewajarnya menerusi pelaburan di dalam mana-mana tiga dana pelaburan iaitu Dana Pertumbuhan, Dana Seimbang serta Dana Pendapatan Tetap.

Ketiga-tiga dana tersebut menawarkan strategi pelaburan yang tersendiri yang boleh dipilih oleh bakal peserta berdasarkan objektif pelaburan masing-masing.

Di bawah Premier Investment-Linked Takaful peserta berpeluang meraih pendapatan yang lebih lumayan. Melalui caruman RM100 sebulan, peserta sebenarnya sedang mengorak langkah ke arah menjamin masa depan yang diingini dengan perlindungan kewangan yang diperlukan seandainya berlaku sebarang bencana yang boleh membawa kepada kematian ataupun Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh (TPD).

Bagi faedah kematian dan TPD sebagai contoh, jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta, 100% daripada Jumlah Perlindungan campur amaun terkumpul di dalam semua unit saham akan dibayar kepada peserta atau keluarga terdekat.

Menerusi IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful yang hanya dengan sekali caruman sahaja peserta berpeluang mendapatkan pulangan yang lebih lumayan ke atas pelaburan yang bakal dibuat. Ia adalah pelan yang memberikan tambah nilai kepada modal serta perlindungan secara serentak.

Di bawah pelan ini peserta boleh menikmati pulangan dan perlindungan tertinggi ke atas pelaburan yang dibuat.

Sebagai contoh untuk sekali sahaja bermula dengan pelaburan RM5,000, peserta bakal menikmati pulangan pelaburan yang lumayan dan perlindungan takaful yang diperlukan jika berlaku sebarang bencana yang membawa kepada kematian atau TPD.

Seseorang peserta atau warisnya boleh menikmati (tertakluk kepada terma dan syarat) 100% daripada Jumlah Perlindungan (bersamaan dengan 125% daripada caruman tunggal) jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta, Pelan pelaburan berkait takaful ini bukan sahaja unik dari segi manfaat duniawi yang boleh dinikmati oleh peserta, malah seseorang peserta juga boleh menikmati manfaat ukhrawi.

Manfaat ukhrawi ini dapat dinikmati oleh peserta menerusi aplikasi tabarru' (derma) yang menjadi teras dalam sistem Takaful.

Dalam sistem takaful, pelaksanaan tabarru' ini yang diikat dengan prinsip Takaful (saling membantu) mewujudkan suasana saling tolong-menolong antara satu sama lain.

Sebagai analogi mudah, Peserta A menderma untuk membantu Peserta B, manakala Peserta B menderma untuk membantu Peserta A, suasana bantu membantu inilah yang dikatakan sebagai takaful dimana peserta saling membantu antara sesama mereka dan bukannya di antara peserta dengan pihak syarikat sebagaimana yang berlaku di dalam sistem insurans konvensional.

Sumbangan tabarru' tersebut berperanan sebagai sumbangan amal jariah yang sangat-sangat istimewa di dalam Islam.

Inilah di antara kelebihan dan keindahan sistem takaful yang tidak ada dalam sistem insurans konvensional. Menikmati habuan ukhrawi disamping habuan duniawi sekali gus.

Firman-firman Allah berikut adalah di antara bukti bahawa amalan bersedekah ini dijanjikan ganjaran yang sangat lumayan di sisi Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud: Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (al-Baqarah: 261)

Menerusi amalan tabarru' ini kita boleh menikmati ganjaran yang istimewa daripada Allah. Amalan ini boleh dikerjakan dengan lebih sempurna, sistematik dan profesional menerusi sistem takaful.

Malah amalan tabarru' menerusi sistem Takaful ini adalah tabarru' kelas pertama di mana ia dilakukan dengan ikhlas, sehinggakan tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak mengetahuinya.

Peluang untuk kita merebut peluang ini terbuka luas sama ada dengan kita menjadi pelanggan takaful, pekerja takaful mahupun sebagai wakil (ejen) takaful. Semoga harta yang kita peruntukkan sebagai sumbangan takaful itu menjadi hujah di hadapan Allah kelak sebagai harta yang diredai-Nya.

Para peserta yang menyertai pelan pelaburan berkait takaful ini juga membuat pilihan yang tepat kerana memilih kaedah pelaburan yang selaras dengan tuntutan syariah.

Sistem takaful bebas dari unsur-unsur gharar, riba dan juga maisir. Tiadanya unsur gharar secara mudahnya memberi maksud bahawa sistem takaful adalah satu sistem yang telus,tidak menyembunyikan fakta dan tidak mengamalkan seperti pepatah Melayu "ada udang disebalik batu".

Para peserta tidak perlu ragu kerana pihak bertanggungjawab kepada industri takaful di Malaysia seperti Bank Negara Malaysia (BNM) telah mewujudkan kerangka pematuhan dan pengawalseliaan Syariah yang mantap dan efisien.

Akta Takaful 1984 telah memperuntukkan beberapa peruntukan yang mewajibkan pengendali takaful memastikan semua aktiviti sentiasa mematuhi syariah di samping pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak BNM.

Kini dengan adanya kemudahan kewangan Islam seperti takaful di pasaran yang ternyata lebih baik dan lebih menjamin kemaslahatan, maka ia bukan lagi menjadi pilihan yang lebih baik malah menjadi satu tuntutan atau kewajipan untuk memilih kemudahan kewangan Islam ini.

Download: Artikel asal boleh dimuat-turun di sini

Kos Rawatan Penyakit & Penyakit Kritikal Di Malaysia

Standard

Sumber : Berita Minggu

Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan penyakit jantung adalah penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital pada 2008. Malah, anggaran penyakit jantung koronori di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi sejumlah 28 juta penduduk atau ringkasnya - 4.52 kes baru setiap jam! Bagi penyakit barah pula, maklumat kanser Malaysia 2006 yang dikumpul kementerian pula menunjukkan seorang bagi setiap tujuh rakyat Malaysia berisiko menghidap penyakit itu.

Meskipun statistik agak mengerikan, kadar pemulihan menggalakkan jika diagnosis dan rawatan diberikan pada peringkat awal penyakit kritikal. Malah, berbekalkan kemajuan perubatan, kadar pemulihan hari ini lebih baik dari dulu. Dalam kebanyakan kes, pesakit yang pulih boleh meneruskan kehidupan produktif. Akan tetapi, pesakit perlu membuat peruntukan untuk kos pemulihan, rawatan khas dan perubahan diet dan ini memerlukan sokongan kewangan yang kukuh.

 Senarai Penyakit Kritikal - Adakah anda dilindungi oleh Takaful?

Apakah dana kita mencukupi untuk mendapatkan rawatan?

Menurut kajian Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) pada 2008, ahli berusia 54 tahun memiliki purata simpanan sebanyak RM132,539 sahaja. Tinjauan sebuah bank pula melaporkan rakyat Malaysia hanya memiliki simpanan yang boleh bertahan 11 minggu. Sekiranya mereka kehilangan mata pencarian, satu bagi setiap lima orang menyatakan simpanan mereka boleh menanggung perbelanjaan biasa selama empat minggu sahaja. Simpanan ini hanya meliputi perbelanjaan harian dan tidak termasuk perbelanjaan perubatan untuk sesuatu penyakit kritikal.


Kos perubatan kanser boleh menokok sehingga RM300,000 sementara rawatan buah pinggang memerlukan RM150,000 ke atas. Pemindahan organ utama pula memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000.

Kalau dulu penyakit kritikal dianggap tiada harapan untuk pulih, kini dengan kemajuan perubatan, penyakit kritikal boleh dirawat. Persoalannya sekarang, adakah kita mempunyai dana yang mencukupi untuk rawatan ini?

"Rawatan penyakit kritikal sering memakan tempoh yang lama dan membabitkan kos pemulihan yang tinggi selain kemungkinan kehilangan mata pencarian. Ini amat membebankan kewangan pesakit dan mereka yang tersayang. Atas alasan itulah persediaan kewangan amat penting.

Apakah tindakan ANDA sekarang?

Dapatkan Kad Perubatan ChoicePlus dari Takaful Ikhlas, gabungan Perlindungan, Pelaburan dan Perubatan berasaskan Syariah.

p/s: Terdapat produk yang Halal tetapi Carilah produk yang 100% Halal. Begitu juga Produk Takaful, carilah lah yang benar2 mengikut Syariah.

[Berita 060713] Takaful Ikhlas lancar tiga produk ditambah baik - Investment & ChoicePlus

Standard
 

SEREMBAN 5 Julai - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) hari ini melancarkan tiga produk pelaburan dan perlindungan kesihatan yang ditambah baik iaitu Ikhlas Capital Investment-Linked Takaful Plus, Ikhlas Premier Investment-Linked Takaful Linked dan Ikhlas 'ChoicePlus' Individual Medical Rider.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Ab Latiff Abu Bakar berkata, untuk ketiga-tiga produk ini, Takaful Ikhlas telah mensasarkan perolehan sumbangan sebanyak RM20 juta setahun.

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai produk-produk ini, beliau berkata, Ikhlas Capital Investment-Linked Takaful Plus adalah pelan caruman pelaburan tunggal yang menyediakan peluang untuk pelanggan memaksimumkan pulangan pelaburan dan pada masa yang sama, menikmati perlindungan takaful.

"Selain produk Ikhlas Capital Investment-Linked Takaful Plus ini, Takaful Ikhlas juga memasarkan produk Ikhlas Investment-Linked Takaful Plus yang lain iaitu Ikhlas Premier Investment Takaful Plus.

"Produk pelaburan Ikhlas Premier Investment-Linked Takaful Plus ini dilengkapi dengan pelbagai rider dan manfaat. Salah satu daripada rider ini adalah Ikhlas Choice Plus Individual Medical Rider.

"Kami percaya ketiga-tiga produk ini bakal memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggan kami," katanya di sini.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Pejabat Wilayah Takaful Ikhlas Cawangan Seremban di Pusat Bandar Senawang dekat sini oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam dan Alam Sekitar negeri Abu Ubaidah Redza.

Turut hadir ialah Pengerusi Takaful Ikhlas Sharkawi Alis.

Katanya, Ikhlas 'ChoicePlus' Individual Medical Rider pula menawarkan tiga pilihan pelan berdasarkan jumlah caruman dan pelindungan yang berbeza iaitu Platinum, Gold dan Silver.

Ketiga-tiga pelan ini dicipta mengikut kemampuan pelanggan. - BERNAMA

Kakitangan Kerajaan Perlukan Kad Perubatan ka?

Standard
Perlukah kakitangan kerajaan memiliki kad perubatan @ medical card dari Takaful Ikhlas kerana mereka boleh dapatkan rawatan percuma di Hospital Kerajaan?

Kes 1 : Betulkah semuanya FREE di hospital kerajaan

Ramai yang beranggapan, kakitangan kerajaan mendapat rawatan di hospital kerajaan dengan PERCUMA. Memang benar. Tapi tidak semuanya percuma. Ada kes-kes di mana pesakit (walau kakitangan kerajaan sekali pun) terpaksa membayar kos rawatan di hospital kerajaan. Diulangi...di HOSPITAL KERAJAAN. Sebagai contoh, lihat sahaja surat rayuan bantuan perubatan oleh kakitangan kerajaan di bawah ini.


* Nama terpaksa dipadamkan untuk menjaga privasi peserta/pesakit. Ini membuktikan, walau pun kita kerja kerajaan, kita tetap memerlukan medical card atau kad perubatan.

Kes 2 : Menunggu giliran untuk pembedahan

Selain dari itu, pernah anda mendengar kes-kes di mana, untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan pesakit terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk sampai ke giliran kita. Kalaulah penyakit yang kita hidapi tersebut memerlukan rawatan segera, bagaimana? Sanggupkah kita tunggu dan berserah begitu sahaja?

Kes 3 : Kerja cikgu mintak derma kalau dah sakit

Ini satu lagi contoh, artikel pasal seorang guru perlukan rawatan pemindahan buah pinggang. Disebabkan tiada wang, terpaksa minta derma. Selepas beberapa bulan masuk Berita Harian, perlukan RM 120,000, tapi hanya dapat sumbangan derma RM 3,708.


Oleh itu, buka minda, kalau tak tahu pasal medical card, ambil tahu. Jangan kita sudah la tak tahu, tak mahu ambil tahu pula!!!

Fikirkan dan ambil tindakan segera.

Sekurang-kurangnya ambil tahu, bagaimana medical card ini dapat membantu anda di saat anda memerlukan rawatan perubatan. Tidak dinafikan, rawatan di hospital kerajaan pun bagus, tapi, kalau terpaksa menunggu giliran seperti yang saya sebutkan di atas tadi, macamana? Sekurang-kurangnya, kita ada pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan lebih cepat. Saya umpamakan medical card ini seperti "Tayar Spare" di kereta kita. Cuba kita fikirkan, kenapa kita dok usung ke hulu-hilir tayar spare tu sedangkan tayar kereta kita tak bocor. Jawapan standard yang akan diberikan - langkah berjaga-jaga kalau tayar bocor, sedangkan adakalanya kereta yang kita bawa tidak pernah bocor sepanjang kita pandu. Sampai la tukar tayar, tak pernah bocor. Tapi kita masih bawa juga Tayar Spare tersebut atas alasan yang sama seperti tadi. "Kita tak tau bila tayar kita bocor atau pecah"

Jadi, sama la juga keadaan medical card. Oleh kerana kita tak tau bila kita sakit la, sebab tu kita perlu ada medical card.

Malang Tidak Berbau, Sediakan Payung Sebelum Hujan

Standard

Tentu anda biasa mendengar pepatah melayu "Malang Tidak Berbau". Sering kita lihat atau hampir setiap hari akan berlaku kemalangan jiwa atau kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya dan sebagainya. Bayangkan jika mereka yang meninggal atau lumpuh itu adalah anda sendiri atau suami-isteri, apa yang akan terjadi kepada anak-anak mereka yang masih kecil. Perbelanjaan, persekolahan, perlindungan perubatan dan sebagainya.



Sediakan Payung Sebelum Hujan. Bertindaklah sekarang dengan membuat pilihan bijak bersama Takaful Ikhlas yang bersedia membantu anda melalui Plan

1. Ikhlas ChoicePlus Family Medical Takaful Rider (Kad Perubatan)
Plan yang menggabungkan Perlindungan, Pelaburan dan Perubatan untuk anda dan keluarga anda.

2. Ikhlas Education atau Saving Takaful Plus
Plan simpanan untuk pendidikan atau kewangan untuk masa depan anak-anak

Apa kelebihannya?

#1. Dengan ChoicePlus atau Kad Perubatan 3 dlm 1, anda dan keluarga anda dilindungi sekiranya berlaku kematian atau lumpuh akibat kemalangan. Jika anda perlu dimasukkan ke hospital, anda boleh pilih panel hospital swasta yang disenaraikan tanpa perlu menyediakan wang pendahuluan. Sila rujuk  www.3dlm1.com untuk Jadual Manafaat [Produk].

#2. Dengan Pelan Pendidikan atau Saving untuk anak-anak, apabila mereka berjaya mendapat tawaran ke universiti; anda boleh membuat pengeluaran sebahagian atau sepenuhnya (jika sijil matang) bagi tujuan pembiayaan pendidikan mereka. Anda masih boleh membuat pengeluaran walaupun bukan untuk pembiayaan pendidikan.

Penting! Jika anda meninggal dunia atau lumpuh sebelum sijil matang, sebagai pembayar; keluarga anda akan terus dilindungi. Plan Perlindungan, Pelaburan dan Perubatan mereka akan diteruskan sehingga sijil matang.

Soalan: Syarikat saya sudah menyediakan Kad Perubatan untuk saya dan keluarga, adakah saya perlukan lagi Kad Perubatan ChoicePlus?

Jawapan: Bagaimana jika anda meninggal dunia atau lumpuh tidak boleh lagi bekerja dan anda diberhentikan, adakah syarikat anda akan terus melindungi anda dan keluarga anda?

Soalan: Saya sudah membuat simpanan di Bank dan Tabung Haji untuk anak-anak.

Jawapan: Bank dan Tabung Haji HANYA memberikan keuntungan kepada anda dari segi pulangan simpanan tahunan TETAPI tidak menyediakan perlindungan untuk penyimpan. Melalui Takaful Ikhlas, anda akan menerima 2 faedah iaitu keuntungan Pelaburan dan Perlindungan. Sekiranya anda berlaku kematian atau lumpuh tidak boleh bekerja, anda sebagai pembayar/payor, simpanan dan perlindungan anak-anak anda akan diteruskan sehingga sijil matang walaupun anda sudah tidak lagi mampu membayar/menyimpan untuk anak-anak.